Friday 2 September 2011

Lebaran di Muarseyside

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Rudy & Keluarga di Muarseyside

Raya tahun ni agak bersejarah bagi penulis kerana pertama kali menyambutnya di kampung halaman ibu mertuaku iaitu Muar, "Muo" atau gelaran manja bagi penulis "Muarseyside" (sinonim dengan Merseyside di UK). Sebelum ini, penulis dan keluarga beraya di Jelebu, Rembau dan Kepala Batas.

Bandar Muar. Pilih destinasi anda.

Bagi yang buta sejarah atau nak mengubah fakta sejarah seperti Mat S**u, eloklah penulis ceciter sikit pasal Muar. Daerah Muar yang terletak di barat laut Johor terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak.

Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan "Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan sungai terpanjang di Johor (sumber wikipedia).

Muar sangat terkenal dengan "Paritnya" seperti Parit Jawa, Parit Ponorogo, Parit Jamil, Parit Yusof dan Parit Raja. Kalau singgah ke Muar pastikan anda cuba otak-otak, dodol, Mee Bandung Muar atau Asam Pedas Parit Jawa yang lazat sehingga menjilat jari.

Asam Pedas terbaek dari ladang

Mee Bandung Manisah di Parit Bulat

Kampung ibu mertua penulis terletak di Sungai Grisek, kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Muar. Jauh gak tu kalu nak lepak ngeteh. Kat sini landmark yang paling terkenal semestinya Kolam Air Panas Sg Grisek. Bagi yang ada kurap, panau, kudis atau kayap tu eloklah berendam kat sini.

Jaga kebersihan sungai kita

Hari Raya kat sini disambut sederhana tetapi meriah dengan riuh-rendah ahli keluarga. Maklumlah orang Jawa ni anak ramai. Adik-beradik ibu mertuaku saja ada 10 orang. Bila berkumpul anak, cucu dan cicit bergegarlah rumah!

Paksu Sham mengacau dodol Merdeka Raya (6 jam baru siap)

Dodol Merdeka Raya siap dimasak tepat jam 12 tengah malam 31 Ogos 2011

Beraya di rumah sahabat UIA, Hafidz Abd Rahman

~ruudvanirwan~

3 comments:

  1. Muarseyside...cool bro...aku pun tak pernah terfikir bleh alter Merseyside jadik Muarseyside...syabas!

    ReplyDelete
  2. duduk kementerian penerangan kena kreatif. hehe.

    ReplyDelete
  3. Mee bandung Muar terbaeeekkkk...........

    ReplyDelete