Monday 26 September 2011

Bintang Penalti 'Backheel' Maut

Theyab Awana (8 April 1990 - 25 September 2011)

Masih ingat lagi pemain UAE yang menjadi sensasi di Internet kerana mengambil sepakan penalti dengan cara menggunakan tumit kaki atau 'backheel'? Kini aksi uniknya hanya tinggal sejarah kerana pemain bernama Theyab Awana itu dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Abu Dhabi semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu baru sahaja pulang dari sesi latihan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah trak di Jambatan Syeikh Zayed. Terdapat laporan yang mengatakan Theyab menggunakan Blackberry ketika kejadian.

Dia antara bakat yang sedang menyinar tetapi lebih terkenal kerana menjaringkan penalti kontroversi pada minit ke-78 ketika UAE membelasah Lebanon 7-2 Julai lalu. Tanpa diduga, Theyab menendang masuk sepakan penalti itu secara membelakangkan badan dan menendang dengan tumit kaki.

Walaupun sepakan itu berjaya menghasilkan gol namun Awana dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan dan dikeluarkan serta-merta oleh jurulatih Srecko Katanec yang menganggap perbuatan itu seolah-olah menghina pihak lawan.

Rakaman penalti unik itu tersebar di Internet dan mendapat lebih daripada sejuta hit di Youtube. Kini ia hanya tinggal kenangan...




* terima kasih Akim Danial tolong alert penulis pasal berita ni.


~ruudvanirwan~

2 comments: