Thursday 22 September 2011

MANLAND : Daddy Day-Care

Ruang istirehat sambil menunggu isteri - Googlepic

Wanita dan tabiat membeli-belah atau shopping tidak dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu. Bagi kebanyakan wanita, shopping adalah salah satu alternatif untuk melepaskan tekanan di rumah atau pejabat. Namun tidak semua lelaki menyukai tabiat itu. Sungguh azab rasanya menunggu berjam-jam walaupun boleh mengisi masa dengan iPad, Blacberry, HTP atau Galaxy Tab.

Inilah yang memberikan idea kepada IKEA Sydney untuk mencipta MANLAND, 'pusat jagaan harian' atau day-care bagi para suami sementara menunggu pasangan mereka membeli-belah tanpa gangguan. Ia telah diperkenalkan semasa sambutan Hari Bapa awal bulan ini.


Mesin Pinball - Googlepic

Diilhamkan dari ruang permainan kanak-kanak di Sweden, SMALAND, MANLAND dibina khusus untuk 'memanjakan' golongan lelaki. Bagi menghilangkan kebosanan, IKEA menyediakan mesin pinball, fussball, televisyen, XBox dan hot dog untuk mereka.

Fussball atau TV - Googlepic

Berbeza dengan pusat jagaan kanak-kanak, MANLAND tidak menyediakan pengasuh. Oleh itu, para isteri akan diberikan buzzer yang akan mengingatkan mereka supaya menjemput suami selepas 30 minit ditinggalkan di situ.

Bila IKEA Malaysia nak buat MANLAND?



~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment