Sunday 16 October 2011

Saya Keje Posmen

HISYAM & HUDA. Bagaikan pinang dibelah dua.

Pasangan mempelai bersama otai-otai UIAM. - Pix Muddy

"Saya keje posmen." Itulah ungkapan yang akhirnya membawa pasangan Hisyamudin @ Syamu @ Lenggong dan Huda ke jinjang pelamin baru-baru ini. Bermula dengan satu 'insiden' yang tidak dirancang, Lenggong dan Huda bertentang mata lalu membuahkan perasaan dalaman yang sukar untuk diucapkan.

Menurut sumber penulis, mereka berkenalan sewaktu Lenggong membantu Huda yang mengalami kerosakan kereta. Lenggong yang terkenal dengan sifat gentlemannya telah sudi menumpangkan Huda. Ketika itulah Huda bertanya tentang pekerjaan Lenggong dan ia dibalas secara bersahaja oleh jejaka itu yang terkenal dengan sifat kelakarnya.


Bagaikan artis, mereka bijak 'menyembunyikan' kisah cinta sehingga tidak dapat dihidu pihak keluarga, rakan dan media. Kehebatan Percintaan Jarak Jauh (PJJ) mereka 'membelah' Laut China Selatan kerana Lenggong bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia di Sabah manakala Huda di salah sebuah Kem PLKN di Semenanjung.


Lenggong adalah rakan penulis sewaktu 'mengaji' di UIAM dari tahun 1997-2003. Dia mempunyai karakter yang amat unik dan gila-gila yang menjadikannya salah satu 'ikon' di kampus. Selain itu, dia juga gemar mencetuskan provokasi sehingga pernah menyebabkan penulis gagal menyempurnakan tendangan penalti!


Namun itu cerita lama. Sebagai rakan, penulis tumpang gembira jejaka yang menjadi 'rebutan' gadis-gadis Malaya akhirnya bertemu jodoh. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin
.


~ruudvanirwan~

Jangan Stress. Rileks Jer.

Hidup ni kadang-kala 'stressful'. Kita stress dengan kerja, bos, famili, girlfriend, skandal, kawan, musuh atau apa saja yang tak best. Jangan layan sangat sebab akhirnya kita juga yang suffer. Muda lagi dah kena darah tinggi, sakit jantung, kemurungan atau macam-macam lagi penyakit yang ada di atas muka bumi ni. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Oleh itu kita perlukan masa untuk rileks, cool down, 'take 5', isap rokok atau buat apa saja aktviti untuk hilangkan stress macam ni...

AMARAN : Jangan main video game semasa waktu pejabat


~ruudvanirwan~

Saturday 15 October 2011

RM4 Dalam Kenangan





Kenangan indah hanya sementara...

Away kit season 2011/2012 ni adalah jersi original Liverpool yang pertama penulis beli dengan NN percuma pemain idola ketika itu, Raul Meireles (RM4). Paling istimewa, penulis bersama beberapa rakan Kopites antara yang terawal memiliki jersi ni di Malaysia yang dibeli di LFC online store sebaik saja pre-order dibuka di seluruh dunia.

Sebelum EPL season bermula, penulis dah pun tayang jersi ni kat Bangkok. Banggalah juga. Selepas beberapa perlawanan, akhirnya Meireles menyarung jersi ini ketika Liverpool membenam Arsenal di Stadium Emirates. Namun hasrat untuk melihat Meireles memakai jersi ni lebih lama tak kesampaian bila dia dilamar Chelsea. Itulah satu-satunya aksi Meireles dengan away kit kelabu ni. Frust gila dibuatnya! Apa pun ni kira barang rare sebab dia main 1 game je. Dah boleh masuk History Channel. Ada sape2 nak buat koleksi?


~ruudvanirwan~

Friday 14 October 2011

Anu Putus Kena Mesin Bajak. Ooouucchhh!

Tengok tajuk pon dah mengerikan. Apatah lagi mangsa yang mengalaminya sendiri. Tak dapat nak dibayangkan kesakitan tu. Pedih ada, ngilu pon ada. Sekali imbas teringat adegan 'ngeri' Usop Wheelcha tersepit di bawah jentera pembajak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bagi yang masih melekat tu, gunakanlah sebaik mungkin di jalan yang lurus. Jangan ditala ke tempat yang tidak sepatutnya pulak. Buruk padahnya!

MARANG (Terengganu): Tindakan seorang lelaki kurang upaya berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila beliau terjatuh di belakang jentera itu yang tiba-tiba bergerak sebelum sebilah mata mesin pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus.

Dalam kejadian sekitar 12 tengah hari Ahad lalu di ladang penternakan di Serating itu, mangsa, 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang tersebut.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat, menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang itu.

'Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan ia kemudian dikatakan memulas sebahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai menyebabkan kemaluannya terputus,' katanya.

Menurut sumber itu, mangsa, yang kesakitan dan berlumuran darah, menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Timbalan Superintenden Ahmad Mazlan Yahya, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata mangsa kemudian dihantar untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung kemaluannya yang terputus itu. -- Harian Metro


~ruudvanirwan~

Tuesday 11 October 2011

Dato' Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah


Salam takziah buat keluarga penyanyi veteran era 60-an, Dato' Ahmad Jais yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam.

Lagu-lagu dendangan Allahyarham seperti Budi Setahun Segunung Intan, Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah dan Bahtera Merdeka kini tinggal kenangan.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


~ruudvanirwan~

Saturday 8 October 2011

Penangan Gout

Pernah rasa sakit di ibu jari kaki, pening kepala atau kejang? Awas! Ia mungkin tanda-tanda awal anda menghidap penyakit gout. Kesakitannya amat melampau hinggakan pergerakan pun terbatas.

Kita sering dengar dan lihat orang kena serang gout tapi adakah kita tahu apa itu gout? Gout berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermaksud setitis. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Jangan ingat anda masih muda boleh terlepas daripada perangkap gout. Orang mudalah yang berisiko menghidap gout kerana amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

Pembedahan mengeluarkan kristal garam asid urik - Kosmo!

Bagaimana gout boleh berlaku? Ia disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

Peningkatan asid urik berpunca daripada 3 faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk. Realitinya, memang ramai yang kurang minum air.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout. Bagi pesakit gout pula harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam. Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Hakikatnya, semua makanan ni lazat belaka!

Bacaan lanjut di Kosmo!


~ruudvanirwan~

Bapa Liwat Bayi Berusia 23 Hari. Gila!!!

Apa nak jadi umat akhir zaman ni? Tak cukup dengan kes sumbang mahram, rogol dan cabul, datang pulak kes liwat. Dah hilang akal ke apa? Atau akal letak kat lutut? Apakah ini wabak yang sedang bernanah dan membusuk dalam masyarakat kita atau sekadar kisah terpencil? Nampaknya makin ramai manusia bertopengkan haiwan dan syaitan dalam dunia yang sedang tenat ni. Tak takut langsung dilaknat Allah. Mereka bagaikan bom jangka. Hanya tunggu masa nak meletup.

Memetik laporan akhbar hari ini, seorang bapa durjana lagi keji tergamak meliwat bayinya yang baru berusia 23 hari! Lebih teruk lagi, bapa bertopengkan syaitan tu sanggup menutup mulut bayi malang yang sedang menahan kesakitan. Ini semua hanya kerana si ibu yang sedang berpantang tidak mampu melayan kehendak seksualnya. Dah kemaruk sangat sampai tak boleh kawal nafsu serakah. Akhirnya si bayi jadi mangsa. Bila ilmu agama pun cetek ditambah pula dengan iman yang lemah, nafsu begitu mudah menewaskan manusia yang alpa.

Apalah nasib bayi malang itu yang dilaporkan sedang kritikal. Gelap masa depan. Seharusnya lelaki itu 'diajar secukup-cukupnya' sebagai pengajaran di atas perbuatan keji lagi terkutuk. Dia tak layak digelar bapa! Dialog P Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku sangat sesuai untuk orang macam ni,

"Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia, kan lebih baik kau menjadi HAIWAN!"


~ruudvanirwan~



Thursday 6 October 2011

RIP Steve Jobs

STEVE JOBS (1955 - 2011)

Gajah mati meninggalkan gading,
Harimau mati meninggalkan belang,
Steve Jobs mati meninggalkan Apple, iPhone, iPad, iTunes, iMac, iPod...



~ruudvanirwan~

Saturday 1 October 2011

Suku Akhir Piala Malaysia 2011


Selangor meneruskan Misi 33. Pertembungan derby Pantai Timur. 2 pasukan berstatus kelab mahu ikut jejak MPPJ. Pasukan 'dark horses' intai peluang. Antara rencah Suku Akhir Piala Malaysia 2011. Bola itu bulat. Apa-apa boleh berlaku.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2011

Suku Akhir 1
10 Oktober 2011 (Isnin)

Selangor vs Perak @ Stadium Shah Alam
Felda United vs Negeri Sembilan @ Stadium MBPJ
Terengganu vs Kelantan @ Stadium Sultan Ismail
Sabah vs T-Team @ Stadium Likas

Suku Akhir 2
14 Oktober 2011 (Jumaat)

Perak vs Selangor @ Stadium Ipoh
Negeri Sembilan vs Felda United @ Stadium Paroi
Kelantan vs Terengganu @ Stadium Sultan Mohd IV
T-Team vs Sabah @ Stadium Sultan Ismail


~ruudvanirwan~