Saturday 17 December 2011

Awie Bergaduh Lagi

Tak habis-habis cerita Awie bergaduh. Nampaknya ramai sangat manusia yang panas hati dengan penyanyi rock pujaan Malaya ni.

Kali ni vokalis kumpulan Wings itu dilaporkan bergaduh di sebuah kelab di Langkawi. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku terlibat dalam pergaduhan itu tetapi menafikan beliau yang memulakannya. Menurut Awie, kejadian tersebut berlaku pada 22 November lalu ketika beliau dan 3 rakan lain bercuti ke Pulau Langkawi.

Gua bukan kaki gaduh. Gua pembaca novel jer.

Pergaduhan dikatakan tercetus apabila beberapa pengunjung di situ ingin merakamkan gambarnya di kelab. Bagimanapun, hero filem Sembilu itu menolak permintaan mereka secara baik dan memberitahu mereka boleh mengambil gambarnya di luar kelab.

Insiden itu membuatkan mereka 'sentap' dan mula memprovokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga Awie hilang sabar. Pergaduhan dalam kelab tidak berakhir di situ sahaja malah melibatkan kira-kira 30 orang kampung yang menunggu untuk membelasah Awie dan rakan-rakannya. Namun pergaduhan dapat dileraikan sebaik sahaja pihak polis tiba di tempat kejadian.

Bagi penulis, kalau artis tu tak nak bergambar kena hormatlah pendirian dia. Ramai lagi artis kat dunia ni. Tak mati pon kalau tak dapat bergambar dengan Awie.

Nasib malang yang menimpa Awie ini mengingatkan penulis kepada pengalaman membuat liputan perbicaraan kes pergaduhan membabitkan Awie dan 2 yang lain pada tahun 2005. Ketika itu penulis berkhidmat dengan akhbar kompak Kosmo!. Kesian juga tengok Awie yang macho turun naik mahkamah.

Bagaimanapun Mahkamah Majistret Ampang membebas dan melepaskan Awie terhadap tuduhan bergaduh di lobi Kelab Oakleaf Bukit Antarabangsa pada 26 September 2002.

Pesanan penulis untuk Awie - kalau 'terpaksa' bergaduh lagi, jaga peti suara lu. Mahal wooo!


~ruudvanirwan~

Kereta BMW 3 Series Fasha Sandha Lesap

Ketika para peminat tertanya-tanya siapa yang 'mencuri' hati pelakon terkenal, Fasha Sandha, keretanya pula lesap dipercayai dicuri di Wangsa Maju semalam.

Dalam kejadian itu, Fasha dikatakan telah meninggalkan kereta BMW 325i berharga kira-kira RM300,000 itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran sebuah pusat beli-belah di situ.


Namun 10 minit kemudian Fasha yang ingin menghadiri majlis pelancaran filem terbarunya, Penanggal terkejut apabila mendapati kereta mewah berwarna putih itu lesap begitu sahaja.

Pelakon filem Cicakman dan Anak Halal itu telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Penulis tumpang simpati dengan kejadian yang menimpa Fasha dan berharap keretanya dijumpai semula. Mungkin orang tu tergamak melarikan kereta Fasha kerana kecewa selepas gagal 'mencuri' hati aktres itu.


~ruudvanirwan~

Chong Wei Hilang Taring?

Satu lagi kekalahan buat Lee Chong Wei menunjukkan jaguh badminton negara itu semakin hilang taringnya.

Baru sebentar tadi harapan Chong Wei untuk merangkul Super Series Masters Finals 2011 berkecai apabila beliau tumpas kepada bintang China yang semakin menyinar, Chen Long dalam pertarungan separuh akhir yang cukup mendebarkan.

Chong Wei sudah penat?

Chong Wei tewas 16-21 dalam set pertama tetapi bangkit untuk memenangi set kedua 21-16. Rubber set berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain memberikan persembahan terbaik. Namun selepas memerah segala kudratnya,
Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain yang lebih muda daripadanya apabila tumpas 18-21.

Chen Long makin mengganas

Kemenangan Chen Long menunjukkan betapa China tidak pernah berhenti melahirkan bintang-bintang muda badminton yang bakal menggegar dunia. Bukan Lin Dan sahaja yang perlu digeruni malah ramai lagi pemain yang menunggu giliran.

Jika dilihat pada ranking IBF, kita patut risau. Chong Wei adalah satu-satunya wakil negara yang berada dalam kelompok 10 pemain terbaik manakala China mempunyai 4 pemain diketuai Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (5) dan Du Pengyu (9).

Jelas sekali kita terlalu bergantung kepada Chong Wei selama bertahun-tahun. Begitu juga dengan beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang gagal ke separuh akhir selepas kalah pada kesemua tiga perlawanan kumpulan.

Apa sudah jadi dengan program pembangunan badminton negara? Di manakah barisan pelapis kita? Seharusnya BAM bertindak segera sebelum badminton pula melalui zaman suram seperti skuad sepaktakraw.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja.


~ruudvanirwan~

Friday 16 December 2011

Selera Songsang Bikin Panas

Rata-rata laman media sosial Facebook, Twitter dan Blog hangat memperkatakan tentang perkahwinan kontroversi seorang lelaki gay Melayu yang didakwa sebagai Ariff Alfian Rosli dengan teman lelakinya dipercayai bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff yang dikatakan bekas pelajar tajaan sebuah gergasi carigali di University College Dublin sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. (sumber)

Pelbagai pihak mengecam dan mengutuk perkahwinan sensasi lagi kontroversi itu meskipun lelaki yang dimaksudkan 'tidak lupa' tradisi apabila lengkap berbaju Melayu, bersampin dan bertanjak dalam majlis tersebut. Namun siapalah kita untuk menilai buruk baik seseorang itu kerana kita sendiri tidak sempurna. Biar siapa pun lelaki yang dimaksudkan, sama-samalah kita berdoa agar dia kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

Apa yang membimbangkan, golongan songsang Malaysia nampaknya semakin 'mencipta nama' di luar negara. Pada 2009, negara digemparkan dengan perkahwinan seorang pondan, Fatine atau nama asalnya Mohammed Fadzil Min Bahari dengan bekas suaminya yang juga seorang pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah, Ian Young di UK. Bagaimanapun mereka berpisah selepas dua minggu Fatine memperoleh visa untuk tinggal di sana.

Fatine bersama bekas suaminya, Ian

Tahun ini pula paderi gay pertama Malaysia, Reverend Ouyang Wen Feng dilaporkan telah berkahwin dengan kekasihnya dari US, Phineas Newborn III yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York.

Ouyang dan Phineas

Namun kisah-kisah ini hanyalah sebahagian daripada barah sosial yang melanda masyarakat akhir zaman yang lemah akidahnya. Mungkin ratusan malah ribuan lagi yang terjebak ke lembah hitam. Kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara malah di Malaysia sendiri semakin bertambah golongan songsang.

Bukan niat penulis untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai iktibar dan panduan dalam kehidupan. Inilah antara cabaran yang menanti generasi akan datang iaitu anak, cucu dan cicit kita. Ingatlah peristiwa yang menimpa kaum Nabi Lut.



~ruudvanirwan~

Monday 12 December 2011

PTPTN - Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sehingga 31 Oktober lepas, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

"Bermula 1 Disember 2006 hingga 31 Oktober lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.

"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD,” katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini hari ini.

Kok Chung berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion.

“Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, PTPTN juga telah meluluskan pengecualian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta. – Bernama

* Pandai pinjam pandai lah bayar. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Takkan nak tunggu sampai kena blacklist. Ingatan untuk penulis juga yang masih berhutang. Janji dah bayar ok lah.


~ruudvanirwan~

Monday 5 December 2011

Harimau Muda 90-an

Standing (L-R) : Shah, Chee Kim, Izham, Cikgu Hamzah, Nizam, Norman, Johari, Khairil.
Sitting (L-R) : Imtiaz, Saiful, Mahadi, Akmal, Iwan, Boon Kiat, Anazly, Ruud.

Gambar team bolasepak 5 Kuning ini diambil pada tahun 1990 semasa pertandingan bolasepak antara kelas SRK St John (1). Ketika itu demam bolasepak melanda seluruh dunia dengan berlangsungnya Piala Dunia Italia 90. Penulis yang duduk paling kanan bertindak sebagai striker. Team ni takde pemain-pemain bertaraf bintang jadi sesuailah digelar 'underdogs'. Hanya 2 orang saja daripada team ni yang berjaya menyarung jersi timnas SRK St John iaitu Nizam dan penulis sendiri. Nak beli jersi memang tak mampu masa tu jadi singlet sukan sekolah warna kuning tu adalah 'jersi' kami. Barulah nampak macam Harimau Muda. Daripada 3 perlawanan, team ni hanya menang sekali je. Ok la tu.


* Terima kasih kepada saudara Iwan Shahril bekas midfielder team ni yang sudi memuat naik gambar di FB.


~ruudvanirwan~

Wednesday 30 November 2011

Aku dan Selebriti

Antara selebriti yang sudi bergambar dengan penulis...

Tomok @ Stadium Nasional Bukit Jalil

Shahrin Majid @ Dharbar Tmn Melawati

Hans Isaac @ Istana Budaya

Harith Iskander @ Istana Budaya

Arja Lee @ Istana Budaya

K. Rajagopal @ KLCC

Farid Kamil & Diana Danielle @ Stadium Nasional Bukit Jalil

Erra Fazira & Ziela Jalil @ Tutti Frutti TTDI

M. Nasir @ Sport Planet Subang Jaya

Hairie Othman @ Pulau Perhentian


~ruudvanirwan~

Monday 28 November 2011

Malaysia Juara Piala Dunia

Ketika publisiti meluas diberikan terhadap skuad Harimau Muda yang mempertahankan pingat emas di Sukan SEA, mungkin ramai yang tidak tahu Malaysia telah memenangi Piala Dunia baru-baru ini.

Meskipun kejayaan pasukan Malaysia merangkul kejuaraan 'berprestij' itu tidak digembar-gemburkan media namun ia sudah cukup untuk mengharumkan nama negara di persada bolasepak antarabangsa.

Tanpa sorakan padu Ultras Malaya, pasukan ini tetap memberikan aksi terbaik untuk mengenepikan cabaran negara-negara lain dalam kejohanan itu.

Hakikatnya, tiada apa yang mustahil dalam bolasepak. Kalau tak percaya, teruskan membaca entri ini...

MALAYSIA, led by former international Khan Hung Meng, became the champions in the above-45 year group in the Chinese World Cup football competition in Haikou, Hainan, China recently.

We are the Champions!

In the final, Malaysia, with several former internationals including Chan Keat Wwee, Ho Hon Seong, Kwek King Kiong and Chen Wooi Haw, defeated New York United World Chinese Soccer Club 2-1 to win the competition.

In the preliminary round, Malaysia had defeated China Qingdao Soccer Club 2-1; Hainan Club 84 Soccer Club 2-0 and San Francisco VIP Soccer Club 3-0 to qualify for the final.

Hung Meng said they were pleased to win the competition.

“The players gave their best. Most of us had slowed down but we have the experience to match our opponents,’’ said Hung Meng.

A total of seven teams took part in the competition, ninth in the series, organised by the World Chinese Soccer Association based in New York.

Malaysia’s participation in the competition was supported Wen-Parker Soccer Club in New York and American Malaysian Alex New.

“Alex’s generosity provided us the privilege to take part in the competition. We are thankful to him and Wen-Parker Soccer Club,’’ said Hung Meng. - The Star Metro Section


~ruudvanirwan~

Misteri Kematian Gary Speed

GARY SPEED
(1969-2011)

Beberapa jam sebelum aksi EPL dan ketika Harimau Muda melayani kunjungan Bahrain semalam, dunia bolasepak antarabangsa dikejutkan dengan kematian lagenda bolasepak Wales yang juga pengurus pasukan kebangsaan negara itu, Gary Speed pada usia 42 tahun. Lebih menyayat hati, beliau dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya.

Kematian Speed menimbulkan tanda-tanya kerana beliau dilihat tidak mengalami masalah manakala pasukan Wales bermain dengan baik sejak kebelakangan ini.


Speed yang mempunyai 85 caps untuk Wales antara 1990 dan 2004 hanya
sempat menjadi pengurus skuad bolasepak negara itu selama 11 bulan sejak Disember 2010. Sepanjang karier sebagai pemain selama 22 musim, Speed yang amat dikenali sebagai midfield maestro dan pakar freekick pernah menyarung jersi Leeds United, Everton, Newcastle United, Bolton Wanderers dan Sheffield United.

Beliau membantu Leeds memenangi kejuaraan Divisyen Satu terakhir pada 1992 sebelum era EPL dan menjadi pemain pertama membuat 500 penampilan ketika bersama Bolton pada 2006. Speed bersara selepas membuat 535 penampilan dalam EPL.

Beliau yang dianugerahkan MBE - Member of the British Empire bagi perkhidmatan untuk bolasepak tahun lalu sempat muncul dalam rancangan Football Focus kurang 24 jam sebelum menemui ajalnya.

Berita kematian Speed menyelubungi aksi EPL sehinggakan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menggugurkan Craig Bellamy yang juga rakan baik Speed daripada skuad menentang Manchester City kerana merasakan pemain itu tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya manakala Shay Given dilihat menitiskan air mata sebelum perlawanan Swansea-Aston Villa.

Shay Given tidak dapat menahan sebaknya

Penghormatan sebelum perlawanan Liverpool-Man City

Penghormatan sebelum perlawanan Swansea-Aston Villa


~ruudvanirwan~


Saturday 19 November 2011

Papua Boys in Timnas Indonesia U23

Young and hot talents from the Papua Province...

Patrich Wanggai
Born : 27 June 1988
Club : Persidafon Dafonsoro
Position : Striker

Titus Jhon Londouw Bonai
Born : 4 March 1989
Club : Persipura Jayapura
Position : Striker

Oktovianus Maniani
Born : 27 October 1990
Club : Persiram Raja Ampat
Position : Winger

Lukas Wellem Mandowen
Born : 6 April 1989
Club : Persipura Jayapura
Position : Striker

Stevie Glory Melianus Bonsapia
Born : 10 Mei 1988
Club : Persipura Jayapura
Position : Midfielder


~ruudvanirwan~

Wasit Cuba Bunuh Diri

Babak Rafati : Iranian-German football referee

A Bundesliga football match has been called off after the referee tried to commit suicide just hours before the game.
Babak Rafati had been due to take charge of the top flight clash between Cologne and Mainz on Saturday afternoon, but was found in his apartment on Saturday morning with his wrists slashed.

The official is now in a stable condition in hospital in Cologne, according to police and the German FA.

Police spokesman Andre Fassbender confirmed that Rabati, "sustained injuries with no sign of any involvement by a third party. It looks like a suicide attempt."

Selanjutnya


* Zaman sekarang ni bukan pemain je stress, wasit pon sama. Mungkin masalah peribadi, tekanan di atas padang, gaji 'ciput' atau kos hidup makin tinggi. Eloklah persatuan bolasepak buat sesi kaunseling atau kursus pengurusan stress untuk mereka. Kalau tidak, makin ramai la nak cabut nyawa sendiri.


~ruudvanirwan~

Friday 18 November 2011

Malang 11.11.11


Pasangan malang 11.11.11

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.

Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

Selanjutnya


* Tak semuanya indah belaka pada tarikh 'istimewa' 11.11.11. Elok-elok hari bahagia dah jadi mimpi ngeri pulak. Boleh dikategorikan sebagai perceraian terpantas di dunia ni. Bukan besar sangat isunya pon. Ni miscommunication jer. Tu lah dulu tak nak amik Mass Communication. Nah sekarang dah jadi Duda dan Janda.



~ruudvanirwan~


Wednesday 16 November 2011

Jom pi Uganda!

Adakah anda sedang mencari destinasi percutian yang menarik untuk dilawati pada tahun 2012? Nah, lupakan London, Paris, Los Angeles, Amsterdam, Gold Coast, Hong Kong, Bali atau Phuket. Apa kata anda 'terbang' ke Uganda, salah sebuah negara di benua Afrika, Myanmar, negara yang masih bergolak dengan masalah politik atau Ukraine, negara kelahiran bekas bintang AC Milan, Andriy Schevchenko. Pelik? Nak tahu kenapa? Teruskan membaca entri ini...

Sungai Nil

JAKARTA, KOMPAS.com — Situs panduan perjalanan terkenal, Lonely Planet, menetapkan Uganda, negara di belahan timur Afrika, sebagai negara dengan tujuan wisata paling menarik pada tahun 2012. Negara yang merupakan hulu dari Sungai Nil, sungai terpanjang di Afrika ini, tadinya ditinggalkan para turis dunia menyusul perang sipil. Namun kini, Uganda relatif stabil secara politik dengan kekayaan satwa (hidupan) liar yang menakjubkan dan pemandangan alam yang luar biasa.

Lonely Planet dalam buku panduan negara-negara yang menjadi tujuan wisata terbaik tahun 2012 menyebutkan, Uganda yang menjadi sumber mata air bagi Sungai Nil yang bermuara di Mesir ini dinilai para ahli sebagai sangat menarik dan menakjubkan. Pilihan para ahli ini berdasarkan topik pembicaraan, daya tarik, nilai perjalanan, dan faktor khusus lainnya.

Negara kedua yang dianjurkan untuk dikunjungi pada tahun 2012 adalah Myanmar. Negara yang masih dikuasai junta militer dan salah satu negara anggota ASEAN ini menarik karena dikelilingi pegunungan nan indah, pantai pasir putih, juga memiliki sejumlah kota kuno dengan banyak kuil pagoda yang menarik untuk dilihat.

Menyusul Myanmar, adalah Ukraina. Negara bekas pecahan Uni Soviet dengan ibu kota Kiev ini digambarkan penuh dengan satwa liar di Semanjung Krimea. Kiev juga kota tua yang megah untuk dinikmati. Terlebih lagi, Ukraina bakal menjadi tujuan wisata karena akan menjadi tuan rumah babak final kejuaraan sepak bola Eropa tahun 2012.

Penulis - Jauh perjalanan luas pemandangan. Jom melancong!


~ruudvanirwan~


Wednesday 9 November 2011

Khasiat Patawali


Pokok Patawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali dan Batang Wali mempunyai nama botani iaitu Tinospora crispa (Miers). Pokok ini merupakan pokok menjalar dan terdapat pada pagar-pagar lama dan runtuhan rumah tinggal. Ia mempunyai rasa yang pahit dan dipercayai dapat memahitkan darah, dengan itu mengurangkan gigitan nyamuk. Patawali sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, malaria, gonorea, kusta, gout, kepialu dan demam kuning selain menjadi penawar racun.


~ruudvanirwan~

Sunday 16 October 2011

Saya Keje Posmen

HISYAM & HUDA. Bagaikan pinang dibelah dua.

Pasangan mempelai bersama otai-otai UIAM. - Pix Muddy

"Saya keje posmen." Itulah ungkapan yang akhirnya membawa pasangan Hisyamudin @ Syamu @ Lenggong dan Huda ke jinjang pelamin baru-baru ini. Bermula dengan satu 'insiden' yang tidak dirancang, Lenggong dan Huda bertentang mata lalu membuahkan perasaan dalaman yang sukar untuk diucapkan.

Menurut sumber penulis, mereka berkenalan sewaktu Lenggong membantu Huda yang mengalami kerosakan kereta. Lenggong yang terkenal dengan sifat gentlemannya telah sudi menumpangkan Huda. Ketika itulah Huda bertanya tentang pekerjaan Lenggong dan ia dibalas secara bersahaja oleh jejaka itu yang terkenal dengan sifat kelakarnya.


Bagaikan artis, mereka bijak 'menyembunyikan' kisah cinta sehingga tidak dapat dihidu pihak keluarga, rakan dan media. Kehebatan Percintaan Jarak Jauh (PJJ) mereka 'membelah' Laut China Selatan kerana Lenggong bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia di Sabah manakala Huda di salah sebuah Kem PLKN di Semenanjung.


Lenggong adalah rakan penulis sewaktu 'mengaji' di UIAM dari tahun 1997-2003. Dia mempunyai karakter yang amat unik dan gila-gila yang menjadikannya salah satu 'ikon' di kampus. Selain itu, dia juga gemar mencetuskan provokasi sehingga pernah menyebabkan penulis gagal menyempurnakan tendangan penalti!


Namun itu cerita lama. Sebagai rakan, penulis tumpang gembira jejaka yang menjadi 'rebutan' gadis-gadis Malaya akhirnya bertemu jodoh. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin
.


~ruudvanirwan~

Jangan Stress. Rileks Jer.

Hidup ni kadang-kala 'stressful'. Kita stress dengan kerja, bos, famili, girlfriend, skandal, kawan, musuh atau apa saja yang tak best. Jangan layan sangat sebab akhirnya kita juga yang suffer. Muda lagi dah kena darah tinggi, sakit jantung, kemurungan atau macam-macam lagi penyakit yang ada di atas muka bumi ni. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Oleh itu kita perlukan masa untuk rileks, cool down, 'take 5', isap rokok atau buat apa saja aktviti untuk hilangkan stress macam ni...

AMARAN : Jangan main video game semasa waktu pejabat


~ruudvanirwan~

Saturday 15 October 2011

RM4 Dalam Kenangan





Kenangan indah hanya sementara...

Away kit season 2011/2012 ni adalah jersi original Liverpool yang pertama penulis beli dengan NN percuma pemain idola ketika itu, Raul Meireles (RM4). Paling istimewa, penulis bersama beberapa rakan Kopites antara yang terawal memiliki jersi ni di Malaysia yang dibeli di LFC online store sebaik saja pre-order dibuka di seluruh dunia.

Sebelum EPL season bermula, penulis dah pun tayang jersi ni kat Bangkok. Banggalah juga. Selepas beberapa perlawanan, akhirnya Meireles menyarung jersi ini ketika Liverpool membenam Arsenal di Stadium Emirates. Namun hasrat untuk melihat Meireles memakai jersi ni lebih lama tak kesampaian bila dia dilamar Chelsea. Itulah satu-satunya aksi Meireles dengan away kit kelabu ni. Frust gila dibuatnya! Apa pun ni kira barang rare sebab dia main 1 game je. Dah boleh masuk History Channel. Ada sape2 nak buat koleksi?


~ruudvanirwan~

Friday 14 October 2011

Anu Putus Kena Mesin Bajak. Ooouucchhh!

Tengok tajuk pon dah mengerikan. Apatah lagi mangsa yang mengalaminya sendiri. Tak dapat nak dibayangkan kesakitan tu. Pedih ada, ngilu pon ada. Sekali imbas teringat adegan 'ngeri' Usop Wheelcha tersepit di bawah jentera pembajak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bagi yang masih melekat tu, gunakanlah sebaik mungkin di jalan yang lurus. Jangan ditala ke tempat yang tidak sepatutnya pulak. Buruk padahnya!

MARANG (Terengganu): Tindakan seorang lelaki kurang upaya berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila beliau terjatuh di belakang jentera itu yang tiba-tiba bergerak sebelum sebilah mata mesin pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus.

Dalam kejadian sekitar 12 tengah hari Ahad lalu di ladang penternakan di Serating itu, mangsa, 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang tersebut.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat, menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang itu.

'Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan ia kemudian dikatakan memulas sebahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai menyebabkan kemaluannya terputus,' katanya.

Menurut sumber itu, mangsa, yang kesakitan dan berlumuran darah, menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Timbalan Superintenden Ahmad Mazlan Yahya, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata mangsa kemudian dihantar untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung kemaluannya yang terputus itu. -- Harian Metro


~ruudvanirwan~

Tuesday 11 October 2011

Dato' Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah


Salam takziah buat keluarga penyanyi veteran era 60-an, Dato' Ahmad Jais yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam.

Lagu-lagu dendangan Allahyarham seperti Budi Setahun Segunung Intan, Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah dan Bahtera Merdeka kini tinggal kenangan.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


~ruudvanirwan~

Saturday 8 October 2011

Penangan Gout

Pernah rasa sakit di ibu jari kaki, pening kepala atau kejang? Awas! Ia mungkin tanda-tanda awal anda menghidap penyakit gout. Kesakitannya amat melampau hinggakan pergerakan pun terbatas.

Kita sering dengar dan lihat orang kena serang gout tapi adakah kita tahu apa itu gout? Gout berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermaksud setitis. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Jangan ingat anda masih muda boleh terlepas daripada perangkap gout. Orang mudalah yang berisiko menghidap gout kerana amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

Pembedahan mengeluarkan kristal garam asid urik - Kosmo!

Bagaimana gout boleh berlaku? Ia disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

Peningkatan asid urik berpunca daripada 3 faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk. Realitinya, memang ramai yang kurang minum air.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout. Bagi pesakit gout pula harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam. Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Hakikatnya, semua makanan ni lazat belaka!

Bacaan lanjut di Kosmo!


~ruudvanirwan~

Bapa Liwat Bayi Berusia 23 Hari. Gila!!!

Apa nak jadi umat akhir zaman ni? Tak cukup dengan kes sumbang mahram, rogol dan cabul, datang pulak kes liwat. Dah hilang akal ke apa? Atau akal letak kat lutut? Apakah ini wabak yang sedang bernanah dan membusuk dalam masyarakat kita atau sekadar kisah terpencil? Nampaknya makin ramai manusia bertopengkan haiwan dan syaitan dalam dunia yang sedang tenat ni. Tak takut langsung dilaknat Allah. Mereka bagaikan bom jangka. Hanya tunggu masa nak meletup.

Memetik laporan akhbar hari ini, seorang bapa durjana lagi keji tergamak meliwat bayinya yang baru berusia 23 hari! Lebih teruk lagi, bapa bertopengkan syaitan tu sanggup menutup mulut bayi malang yang sedang menahan kesakitan. Ini semua hanya kerana si ibu yang sedang berpantang tidak mampu melayan kehendak seksualnya. Dah kemaruk sangat sampai tak boleh kawal nafsu serakah. Akhirnya si bayi jadi mangsa. Bila ilmu agama pun cetek ditambah pula dengan iman yang lemah, nafsu begitu mudah menewaskan manusia yang alpa.

Apalah nasib bayi malang itu yang dilaporkan sedang kritikal. Gelap masa depan. Seharusnya lelaki itu 'diajar secukup-cukupnya' sebagai pengajaran di atas perbuatan keji lagi terkutuk. Dia tak layak digelar bapa! Dialog P Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku sangat sesuai untuk orang macam ni,

"Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia, kan lebih baik kau menjadi HAIWAN!"


~ruudvanirwan~



Thursday 6 October 2011

RIP Steve Jobs

STEVE JOBS (1955 - 2011)

Gajah mati meninggalkan gading,
Harimau mati meninggalkan belang,
Steve Jobs mati meninggalkan Apple, iPhone, iPad, iTunes, iMac, iPod...



~ruudvanirwan~

Saturday 1 October 2011

Suku Akhir Piala Malaysia 2011


Selangor meneruskan Misi 33. Pertembungan derby Pantai Timur. 2 pasukan berstatus kelab mahu ikut jejak MPPJ. Pasukan 'dark horses' intai peluang. Antara rencah Suku Akhir Piala Malaysia 2011. Bola itu bulat. Apa-apa boleh berlaku.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2011

Suku Akhir 1
10 Oktober 2011 (Isnin)

Selangor vs Perak @ Stadium Shah Alam
Felda United vs Negeri Sembilan @ Stadium MBPJ
Terengganu vs Kelantan @ Stadium Sultan Ismail
Sabah vs T-Team @ Stadium Likas

Suku Akhir 2
14 Oktober 2011 (Jumaat)

Perak vs Selangor @ Stadium Ipoh
Negeri Sembilan vs Felda United @ Stadium Paroi
Kelantan vs Terengganu @ Stadium Sultan Mohd IV
T-Team vs Sabah @ Stadium Sultan Ismail


~ruudvanirwan~

Thursday 29 September 2011

Preview Merseyside Derby ke-216

Siaran Langsung
1 Oktober 2011 (Sabtu)
7.40 malam. Astro ESPN 812.

Goodison Park bakal bergegar lagi untuk pertembungan Merseyside Derby ke-216 esok. Kehangatannya sukar ditandingi local derby lain samada Manchester Derby, London Derby, Birmingham Derby atau Old Firm Derby. Permusuhan dua pasukan berjiran, Everton dan Liverpool ini sering mencuri tumpuan kerana aksi yang pantas, bertenaga dan panas. Sejak 1999 - 2011, sebanyak 18 kad merah telah dilayangkan kepada kedua-dua pasukan dalam 26 perlawanan. Dua pemain terakhir yang menerima kad merah tiada lagi dalam pasukan iaitu Sotirios Kyrgiakos dan Steven Pienaar.


Perlawanan ini membawa nostalgia yang tersendiri kepada pengurus Liverpool, Kenny Dalglish. Kali terakhir Daglish berkunjung ke Goodison Park adalah 20 tahun lalu ketika mengemudi Liverpool dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA tahun 1991. Ketika itu, pasukannya mendahului Everton sebanyak 4 kali sebelum dipaksa seri 4-4. Namun 2 hari kemudian, Dalglish membuat kejutan dengan meletakkan jawatannya sebagai pengurus Liverpool.

Liverpool kini berada di tangga kelima liga dengan mengumpul 10 mata (3-1-2) daripada 6 perlawanan. Dalam pertemuan esok, Dalglish bakal menurunkan barisan terkuatnya kecuali Johnson yang cedera manakala Agger mengintai peluang untuk bermain selepas pulih dari kecederaan. Kuyt yang mempunyai rekod baik ketika menentang Everton mungkin menjadi pilihan berbanding Henderson. Manakala Carroll atau Bellamy akan bergandingan dengan Suarez. Bagaimanapun kapten Gerrard dijangka berada di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya.

Barisan Pilihan:
Reina
Kelly - Carragher - Agger/Skrtel - Enrique
Kuyt - Lucas - Adam - Downing
Suarez - Bellamy

Fakta Nombor:
216 - Pertembungan Merseyside Derby sejak 1894
85
- Jumlah kemenangan Liverpool

66 - Jumlah kemenangan Everton
64
- Keputusan seri antara kedua pasukan

295
- Jumlah gol yang dijaringkan Liverpool

249
- Jumlah gol yang dijaringkan Everton
18 - Jumlah kad merah

5
- Jumlah gol yang masing-masing dijaringkan Dirk Kuyt dan Tim Cahill
2 - Jumlah gol yang masing-masing dijaringkan oleh kedua pasukan pada pertemuan kali terakhir pada 16 Januari 2011


Rekod Pertemuan:
2010/2011

Premier League @ 16 Jan 2011

Liverpool 2 - 2 Everton

Premier League @ 17 Oct 2011

Everton 2 - 0 Liverpool


2009/2010

Premier League @ 6 Feb 2010
Liverpool 1 - 0 Everton

Premier League @ 29 Nov 2010

Everton 0 - 2 Liverpool


2008/2009

FA Cup @ 4 Feb 2009

Everton 1 - 0 Liverpool

FA Cup @ 25 Jan 2009

Liverpool 1 - 1 Everton

Premier League @ 19 Jan 2009

Liverpool 1 - 1 Everton
Premier League @ 27 Sept 2008

Everton 0 - 2 Liverpool

Bill Shankly : 30 Tahun Berlalu

BILL SHANKLY
(2.9.1913 - 29.9.1981)

"In my time at Anfield we always said we had the best two teams on Merseyside,
Liverpool and Liverpool Reserves"


Hari ini genap 30 tahun pemergian William "Bill" Shankly atau Bill Shankly, bekas pengurus Liverpool antara 1959 dan 1974. Meskipun 3 dekad telah berlalu, nama Shankly yang lahir di Glenbuck, East Ayrshire, Scotland masih meniti di bibir peminat kerana dianggap sebagai bapa revolusi kelab Merseyside itu.

Shankly Gates dinamakan sempena nama Bill Shankly

Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool pada Disember 1959 ketika pasukan itu terperosok di tangga tercorot Divisyen Dua. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, beliau memimpin Liverpool menjadi salah satu pasukan ternama di Eropah dengan merangkul 3 kejuaraan liga, 2 Piala FA dan 1 Piala UEFA. Antara pemain yang dibeli adalah Kevin Keegan, Emlyn Hughes, Steve Heighway, John Toshack dan Ray Clemence. Apa yang pasti, tiada pengurus lain di dunia yang mampu menandingi Shankly membawa sebuah pasukan dari Divisyen 2 menjadi kuasa besar bolasepak Eropah!

Shankly bersama piala-piala yang dimenanginya

Selepas Liverpool menjuarai Piala FA pada tahun 1974, Shankly membuat kejutan apabila meletakkan jawatannya sebagai pengurus pasukan itu. Tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool menjadi alasan untuk beliau mengakhiri 'zaman pemerintahannya'.

Shankly juga sinonim dengan pasukan "Boot Room", satu tradisi baru yang dimulakannya di Anfield. Kumpulan ini akan berjumpa dan berbincang di dalam bilik yang terletak di bawah Main Stand di Anfield yang digunakan untuk menyimpan but dan pakaian pemain-pemain bola. Mereka membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Tradisi "Boot Room"

Antara perubahan yang dibawa oleh Shankly dan pasukan "Boot Room" termasuk menjadikan pusat latihan di Melwood serba moden dan lengkap. Selain itu, permainan 5-sebelah turut diperkenalkan untuk menyemai falsafah permainan Liverpool - pass and move, keep it simple. Pemain juga akan melapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas latihan akan pulang semula ke Anfield dengan bas.

Di samping itu, pemain-pemain akan makan bersama dan makanan dikawal. Shankly juga memastikan para pemain membuat warm down dengan betul untuk mengelakkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan Shankly terbukti apabila Liverpool muncul juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain!

Kini semangat "Boot Room" dan falsafah pass and move, keep it simple cuba diterapkan oleh Kenny Dalglish kepada para pemain Liverpool. Inilah masanya untuk mengembalikan kegemilangan The Reds sebagai kuasa besar bolasepak dunia. You'll Never Walk Alone!

Pencapaian

Divisyen 1
Juara: 1963–64, 1965–66, 1972–73

Divisyen 2
Juara: 1961–62

Piala FA
Juara: 1965, 1974

Piala UEFA
Juara: 1973

Sumbangsih
Juara: 1966, 1974
Kongsi: 1964, 1965

1973 Pengurus Terbaik Tahunan Inggeris


~ruudvanirwan~