Wednesday 7 September 2011

Juara Tioman : Episod I


Anda stress dengan kerja dan kesibukan kota? Inginkan kedamaian? Jom ke Kampung Juara, Pulau Tioman, Pahang. Destinasi yang pasti tidak mengecewakan.

Menghirup udara segar Laut China Selatan

Lokasinya terletak di bahagian Timur Pulau Tioman dan merupakan satu-satunya kampung yang menghadap Laut China Selatan.

Peta Pulau Tioman

Berbeza dengan Kampung Tekek atau Kampung Salang yang lebih "happening" , Kampung Juara agak sunyi dan tenang yang menjadikannya tumpuan para pelancong yang ingin lari dari kesibukan dan kesesakan kota.

Jeti Kampung Tekek

Untuk ke sini, anda boleh menyewa "teksi' kenderaan pacuan empat roda (4WD) dengan harga RM70 seorang (pergi-balik) dari Jeti Kampung Tekek. Rasailah perjalanan selama 45 minit merentasi hutan dan mendaki bukit-bukau yang mencabar ketahanan fizikal.

'Teksi" 4WD

Kelebihan Kampung Juara terletak pada pantainya yang panjang, luas dan paling cantik di Pulau Tioman di samping air laut yang jernih. Udara segar, pasir memutih dan tumbuhan hijau membuatkan anda lebih dekat dengan alam semulajadi.

Pantai yang panjang, luas dan bersih

Kolam di celah-celah hutan belantara

Usah risau dengan penginapan kerana di sini terdapat pelbagai chalet yang menawarkan harga berpatutan. Antaranya termasuk Riverview, Lagoon, Juara Beach Resort dan Juara Mutiara Resort.

Chalet Riverview

Anda lapar? Singgah saja ke restoran atau warung yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa. Salah satunya ialah Kedai Kak Long yang terletak berhampiran Jeti Kampung Juara.

Roti canai garing

American breakfast set

Percutian ke Kampung Juara tidak lengkap jika anda tidak mengunjungi pejabat Projek Penyu Juara atau Juara Turtle Project (JTP), sebuah NGO yang bertanggungjawab menguruskan projek pemuliharaan penyu di Kampung Juara.

Penyu buta yang menjadi daya tarikan di JTP

Pusat penetasan telur penyu

Para sukarelawan bergambar di hadapan pejabat JTP

Untuk maklumat lanjut mengenai JTP dan bagaimana anda boleh menjadi sukarelawan, sila layari laman web www.juaraturtleproject.com atau Facebook Juara Turtle Project.

Penulis bersama Laura, sukarelawan JTP


~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment