Monday 12 September 2011

Gegaran "Klang Valley Derby"

Malam esok pentas Piala Malaysia 2011 bakal menyaksikan pertembungan "Klang Valley Derby" antara dua musuh tradisi, Selangor dan Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Meskipun tidak sehebat derby lain seperti Liverpool v Everton, Real Madrid v Atletico Madrid atau AC Milan v Inter Milan, perlawanan ini tetap mempunyai keunikannya tersendiri.

Aksi Semi-Pro

Selangor sebagai 'abang' sudah menggenggam Piala Malaysia sebanyak 32 kali manakala "adiknya' Kuala Lumpur hanya 3 kali secara hattrick pada tahun 87, 88 dan 89.

KL juara Piala Malaysia 1988

Sekitar lewat 80-an dan awal 90-an, Kuala Lumpur atau "City Boys" merupakan pasukan yang hebat dibarisi para pemain seperti Rashid Hassan, Chow Siew Yai, Shebby Singh, Mat Zan Mat Aris, Razip Ismail, Subadron Aziz, Lim Teong Kim, Saidin Osman, Azman Adnan, Shahrin Majid, T Gopinath Naidu, Azrul Amri Borhan serta trio import Singapura Fandi Ahmad, Malek Awab dan K Kannan.

Kejuaraan ketiga pada tahun 1989

Selangor atau "Red Giants" juga tidak kurang hebatnya membariskan mendiang R Arumugam, Karel Stromsik, Ismail Ibrahim, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Zainal Nordin, Khan Hung Meng, K Gunalan, A Jayakanthan, P Maniam, Annuar Abu Bakar, Assroff Hanafiah, Asmawi Bakiri, Malek Rahman, Paul Dunn dan Pavel Korejcik.

"Klang Derby" sentiasa menyajikan aksi rancak

Bagi penulis yang merupakan penyokong tegar pasukan KL, berikut antara perlawanan klasik membabitkan kedua-dua pasukan:

Piala Malaysia 1988
Separuh Akhir 1 @ Stadium Merdeka, 25 Okt 1988
Selangor 2 -
Zainal Abidin Hassan 60, Dollah Salleh 90
Kuala Lumpur 1 - Subadron Aziz 67

Separuh Akhir 2 @ Stadium Merdeka, 28 Okt 1988
Kuala Lumpur 4 -
Subadron Aziz 3, Fandi Ahmad 31, 57, S. Balachandran 61
Selangor 2 - Zainal Nordin 86, Kamarulzaman Yusuf 90
(agg: 5-4)
Piala FA 1993

Suku Akhir 1 @ Stadium Merdeka, 23 Mei 1993
Kuala Lumpur 0
Selangor 2 - Malek Abdul Rahman 3, Zsolt Bucs 13

Suku Akhir 2 @ Stadium Merdeka, 29 Mei 1993
Selangor 2 - Annuar Abu Bakar 26, K. Sanbagamaran 31
Kuala Lumpur 4 - L. Suresh 51, T. Gopinath Naidu 76, 88, 89
(agg: 4-4)

Ulangan @ Stadium Merdeka, 2 Jun 1993
Kuala Lumpur 1 - Amzanie Che Ani 48
Selangor 0

Selepas tahun 1994, prestasi Kuala Lumpur semakin menurun manakala Selangor semakin mengungguli persada bolasepak tempatan. Saban tahun Kuala Lumpur melahirkan ramai pemain berbakat tetapi akhirnya 'dipancing' pasukan lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Awal tahun ini, Kuala Lumpur dihimpit masalah ketiadaan penaja dan pembayaran gaji pemain yang sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan. Walaubagaimanapun kemelut tersebut telah ditangani dan setakat ini Kuala Lumpur merupakan "suprise package" mendahului Kumpulan D dengan 6 mata manakala Selangor di tempat kedua dengan 3 mata.

Penulis pasti perlawanan "Klang Valley Derby" esok bakal menyajikan aksi rancak dan panas antara kedua-dua pasukan. Ayuh penuhkan stadium dan berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda!


~ruudvanirwan~


No comments:

Post a Comment