Friday 16 September 2011

Matchday 4 : KL vs PDRM

Bermula sebagai pasukan yang tidak diberi harapan langsung dalam kempen Piala Malaysia 2011, Kuala Lumpur membuat kejutan mendahului Kumpulan D dengan 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri. Selepas mengikat Selangor dengan keputusan seri 0-0 Selasa lalu, Kuala Lumpur akan turun menentang pasukan tercorot, PDRM bagi memburu 3 mata berharga untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas dan mengesahkan tempat di suku akhir. Bagaimanapun skuad kendalian Razip Ismail ini perlu menajamkan bahagian serangan mereka yang dilihat tumpul ketika menentang The Red Giants.

KL vs PDRM
8.45 mlm
17 September 2011 (Sabtu)
@ Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Tiket : RM20 (Grandstand) RM10 (Terbuka)



~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment