Saturday 27 August 2011

Belalang dari Zurich

Kerimasan bergesel-geselan bersama ribuan warga kota di Jalan TAR malam Sabtu lepas tidak menghalang penulis untuk 'merepeat' bundle Chow Kit. Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi. "Harap gerai tu open dan baju petang tadi ada lagi," bisik hati penulis.

Hajat penulis akhirnya termakbul. Tracksuit jacket Grasshopper Zurich masih gagah tergantung walaupun sudah beralih tempat. Bargain macam ni lah yang menanti pengunjung tegar bundle di seluruh dunia. Barang rare dan murah.


susah nak dapat ni

Kelab apa ni? Grasshopper Club Zurich yang dikenali sebagai GC, GCZ atau Grasshopper adalah sebuah kelab bolasepak profesional yang berpengkalan di Zurich, Switzerland. Kelab bolasepak tertua di Zurich ini memegang rekod 27 kejuaraan liga dan 18 kejuaraan Piala Swiss. (sumber : wikipedia)


Logo GCZ yang menarik

Asal usul nama Grasshopper tidak diketahui. Cuma pendapat mengatakan ia berkaitan dengan cara pemain meraikan gol.

Swiss bukan saja terkenal dengan jam

Pada musim 1995-96, Grasshopper menjadi pasukan pertama dari Switzerland layak ke UEFA Champions League (UCL). Dalam tahun berikutnya, Grasshopper sekali lagi layak ke UCL. Bagaimanapun, mereka kandas di peringkat kumpulan dalam kedua-dua musim.

pemain baru GCZ dari Malaysia

Antara pemain yang pernah menyarung jersey GCZ adalah
Stephane Chapuisat (Dortmund), adik-beradik Murat dan Hakan Yakin (Basel), Reto Ziegler (Spurs), Giovane Elber (Bayern), Efan Ekoku (Wimbledon), Ciriaco Sforza (Kaiserslautern), Papa Bouba Diop (Fulham) dan Johann Vogell (Parma).

Bayangkan jika pasukan bolasepak di negara kita menggunakan nama serangga seperti GCZ. Pasti menarik bukan? Sebagai contoh Langau FC, Lipas Kuantan, Mentadak-Mentadu United, Lalat FC, Anai-Anai Gombak, Kumbang Sg Petani, Pijat-Pijat FC, Semut Merah United, Tebuan FC, Lebah Keramat, Pepatung FC atau Penyengat Melaka. What say you?


~ruudvanirwan~

Friday 26 August 2011

Terjah Bundle

Pertemuan 'mengejut' dengan rakan sekolah, rakan sepasukan dan rakan sebangunan, Nizam Reza sewaktu menunaikan solat Jumaat di surau PWTC telah membawa penulis ke deretan gerai barangan terpakai atau bundle yang menghiasi landskap Chow Kit. Lebih manis lagi, inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke sana dengan berbaju Melayu (peach colour lagi). Begitu ketara mood Hari Raya.

Flashback lewat 90-an, di sini lah port penulis mencari tshirt/jeans yg unik dan rare. Boleh dikatakan hampir setiap minggu penulis akan singgah ke gerai bundle yang didirikan di sepanjang bahu jalan.


Gerai bundle Chow Kit - ihsan Google

Sambil penulis memberi advice kepada Nizam yang sedang membelek jersey Reggina yang pernah disarung legenda Jepang - Hidetoshi Nakata, tiba-tiba penulis terpandang sehelai jaket snowboarding Airborn merah yang memikat hati. Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Kondisi tip-top, size M dan paling penting MURAH - 30 hengget saja! Apa lagi terus sambar lah! Lepas tawar-menawar dapatlah 25 hengget. Berbaloi-baloi!

Nizam pulak dapat sepasang but Copa Mundial dengan harga 50 hengget dan 2 helai tshirt/jersi berharga 5 hengget setiap satu. Penulis ucapkan selamat berjayalah mencari beberapa biji stud besi yang dah haus tu. Hehe.



Airborn Snowboarding jacket

Memang rambang mata kalau duduk lama kat bundle ni. Walaupun terpakai atau used, ada juga yang branded, berkualiti dan murah. Kalau dah selalu singgah Topshop, Cotton On, Zara, Esprit atau FCUK, apa kata kita terjah gerai bundle pulak. Mana tau pulangannya berbaloi- baloi. Akhir kata, gua mesti repeat bundle lagi!


~ruudvanirwan~

Thursday 25 August 2011

Kaki Travel

Pernah beberapa kali orang menegur penulis - "Kau ni asyik berjalan je." Terus dalam hati - Eh ada aku kesah? Kau ada? Mampu? Tapi penulis tak lah sentap. Senyum je.

Sebenarnya penulis dah terjebak dalam dunia travelling ni sejak umur 5 tahun lagi. Pantang ada peluang berjalan dengan arwah nenek pasti penulis tak lepaskan. Dari utara ke selatan semua gua redah. Bulan ni ke rumah Nek Chak kat Alor Setar. Bulan depan ke rumah Atuk saudara kat JB pulak. Masa tu naik bas ekspres biasa je tak la selesa macam Transnasional, Mara Liner, Sani Ekspres atau Plusliner. Memang adventure der!

naik bas macam ni. ada berani? - ihsan Google

Semakin dewasa lebih banyak peluang untuk menziarah bumi Allah. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada penulis berpeluang melawat Mekah, Madinah, Bahrain, Indonesia, Thailand, Singapore dan Australia. Selain keluarga, isteri penulis pun kaki travel jugak. Tapi dia lebih beruntung dapat pergi banyak tempat sbb mamanya keje dengan MAS.

terbang ikut suka

Isteri penulis memang expert bab-bab tiket, hotel dan pakej murah ni. Orang lain meroyan nak buat online booking, dia selamba je dapat akses. Bermula dengan honeymoon di Perth pada 2005, kami dah travel ke beberapa destinasi sama ada berdua atau dengan anak sulung, Nurfatihah Irwan. Insya-allah penulis akan kongsi pengalaman dalam entry seterusnya.


~ruudvanirwan~

Wednesday 24 August 2011

First Entry : You'll Never Blog Alone

"Kak Aishah Omar yang 'lejen' pon dah ada blog. Serius gua tercabar ni." Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulut penulis selepas membaca status FB Kak Aishah, sahabat baik di Jabatan Penerangan yang membuat pengakuan berani bahawa dia dah ada blog sendiri. Dari situ penulis terus bertekad nak blogging secara serius tanpa menoleh ke belakang lagi. There's no turning back Jose! Gua nak redah je.

First entry ni agak manis sebab dihasilkan selepas menyaksikan team favourite penulis, Liverpool FC membenam Exeter City 3-1 dalam pusingan kedua Carling Cup sambil bersahur bersama isteri terchenta, Feezah Yusof. Sebelum tu penulis sempat berhibernasi selama beberapa jam supaya tak terbabas bersahur & tengok game.

Scarf LFC Lucky Draw & Teh O pemanas badan

Penulis mula meminati Liverpool FC sejak lewat 80-an hasil pendedahan yang diberikan oleh pakcik-pakcik penulis yang sememangnya penyokong tegar The Reds. Game yang paling memorable ialah final FA Cup 1989 di mana Liverpool membenam jiran dan musuh tradisi Everton 3-2. Kini penulis perturunkan pula semangat The Kop kepada anak-anak supaya tiada yang menjadi penyokong Man Utd, Arsenal, Chelsea atau Man City. Hehe.

Nurfatini Irwan pon tengok bola dgn ayah


~ruudvanirwan
~