Sunday 25 September 2011

20 Fakta Menarik Tentang Cobain

Sempena ulangtahun ke-20 penerbitan album Nevermind, jom tengok 20 fakta menarik tentang vocalist Nirvana, Kurt Cobain yang pernah digelar "spokesman of a generation". (credit to www.purplerevolver.com)

1. Filem kegemaran Cobain ialah Over the Edge lakonan Matt Dillon.

2. Pada hari Nevermind dipasarkan, Cobain telah dihalau dari apartmentnya dan terpaksa merempat dalam kereta. Album tersebut kemudiannya terjual lebih 30 juta unit di serata dunia.

3. Lagu REM berjudul "Let Me In" adalah mengenai Cobain. Vocalist REM, Michael Stipe adalah kawan baik Cobain dan Godfather kepada anak perempuan Cobain, Frances Bean.

4. The Beatles dan The Melvins adalah band-band idola Cobain. Lagu Beatles yang paling diminati adalah Julia yang ditulis John Lennon.

5. Cobain pernah diuji bakat untuk The Melvins tetapi tidak berjaya.

6. Dilahirkan di Aberdeen, WA, papan tanda bandar tersebut tercatat - Welcome to Aberdeen, Come as you are.

7. Cobain dan vocalist Guns N’ Roses, Axl Rose mempunyai pergeseran yang berpanjangan kerana Cobain beberapa kali enggan membuat persembahan pembukaan untuk band Axl.

8. Semasa MTV Music Awards 92, Cobain telah meludah di atas sebuah piano yang dipercayainya milik Axl Rose tetapi kemudian dia mendapat tahu ia kepunyaan Elton John.

9. Cobain mempunyai rakan imaginasi dipanggil Boddah. Nota yang ditulis sebelum membunuh diri ditujukan kepada rakan lamanya.

10. Cobain amat menyukai anatomi manusia and fetus.

11. Peneraju NIRVANA itu menegaskan nama band tersebut perlu sentiasa ditulis dalam huruf besar.

12. Jumper stail Dennis the Menace kepunyaan Cobain telah diambil daripada seorang peminat selepas Cobain melihat dia memakainya di luar satu persembahan.

13. Cobain mendapat nama untuk Smells Like Teen Spirit daripada satu jenama deodorant wanita.

14. Cobain sangat teruja apabila Weird Al Yankovic memohon kebenaran untuk menyanyikan semula Smells Like Teen Spirit kerana yakin Nirvana telah mencapai kejayaan. Dalam diarinya, Cobain menggelarkan Weird Al sebagai "musical genius".

15. Pada 93, Cobain telah mengambil heroin berlebihan sebelum satu persembahan di New Music Seminar di New York. Courtney Love telah menyuntik Cobain dengan Narcan dan menumbuknya di jantung. Cobain kemudiannya sedar dan meneruskan persembahan malam itu.

16. Cobain mahukan album keempat Nirvana menjurus ke arah akustik dan lari daripada pengaruh Grunge. Dia sangat terpengaruh dengan persembahan MTV Unplugged mereka dan baru sahaja mengenali lagenda muzik folk dan blues Amerika, Lead Belly.

17. Kematian Cobain pernah muncul dalam satu episod Unsolved Mysteries.

18. Insiden bunuh diri Cobain diletakkan di tempat pertama dalam "NME's list of Top 100 Rock Moments of All-Time."

19. Cobain sedang melayan album REM berjudul Automatic for the People ketika dia membunuh diri di kediamannya di Lake Washington.

20. Pada 2008, abu Cobain telah dicuri dari rumah Courtney Love.


~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment