Saturday 17 December 2011

Awie Bergaduh Lagi

Tak habis-habis cerita Awie bergaduh. Nampaknya ramai sangat manusia yang panas hati dengan penyanyi rock pujaan Malaya ni.

Kali ni vokalis kumpulan Wings itu dilaporkan bergaduh di sebuah kelab di Langkawi. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku terlibat dalam pergaduhan itu tetapi menafikan beliau yang memulakannya. Menurut Awie, kejadian tersebut berlaku pada 22 November lalu ketika beliau dan 3 rakan lain bercuti ke Pulau Langkawi.

Gua bukan kaki gaduh. Gua pembaca novel jer.

Pergaduhan dikatakan tercetus apabila beberapa pengunjung di situ ingin merakamkan gambarnya di kelab. Bagimanapun, hero filem Sembilu itu menolak permintaan mereka secara baik dan memberitahu mereka boleh mengambil gambarnya di luar kelab.

Insiden itu membuatkan mereka 'sentap' dan mula memprovokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga Awie hilang sabar. Pergaduhan dalam kelab tidak berakhir di situ sahaja malah melibatkan kira-kira 30 orang kampung yang menunggu untuk membelasah Awie dan rakan-rakannya. Namun pergaduhan dapat dileraikan sebaik sahaja pihak polis tiba di tempat kejadian.

Bagi penulis, kalau artis tu tak nak bergambar kena hormatlah pendirian dia. Ramai lagi artis kat dunia ni. Tak mati pon kalau tak dapat bergambar dengan Awie.

Nasib malang yang menimpa Awie ini mengingatkan penulis kepada pengalaman membuat liputan perbicaraan kes pergaduhan membabitkan Awie dan 2 yang lain pada tahun 2005. Ketika itu penulis berkhidmat dengan akhbar kompak Kosmo!. Kesian juga tengok Awie yang macho turun naik mahkamah.

Bagaimanapun Mahkamah Majistret Ampang membebas dan melepaskan Awie terhadap tuduhan bergaduh di lobi Kelab Oakleaf Bukit Antarabangsa pada 26 September 2002.

Pesanan penulis untuk Awie - kalau 'terpaksa' bergaduh lagi, jaga peti suara lu. Mahal wooo!


~ruudvanirwan~

Kereta BMW 3 Series Fasha Sandha Lesap

Ketika para peminat tertanya-tanya siapa yang 'mencuri' hati pelakon terkenal, Fasha Sandha, keretanya pula lesap dipercayai dicuri di Wangsa Maju semalam.

Dalam kejadian itu, Fasha dikatakan telah meninggalkan kereta BMW 325i berharga kira-kira RM300,000 itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran sebuah pusat beli-belah di situ.


Namun 10 minit kemudian Fasha yang ingin menghadiri majlis pelancaran filem terbarunya, Penanggal terkejut apabila mendapati kereta mewah berwarna putih itu lesap begitu sahaja.

Pelakon filem Cicakman dan Anak Halal itu telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Penulis tumpang simpati dengan kejadian yang menimpa Fasha dan berharap keretanya dijumpai semula. Mungkin orang tu tergamak melarikan kereta Fasha kerana kecewa selepas gagal 'mencuri' hati aktres itu.


~ruudvanirwan~

Chong Wei Hilang Taring?

Satu lagi kekalahan buat Lee Chong Wei menunjukkan jaguh badminton negara itu semakin hilang taringnya.

Baru sebentar tadi harapan Chong Wei untuk merangkul Super Series Masters Finals 2011 berkecai apabila beliau tumpas kepada bintang China yang semakin menyinar, Chen Long dalam pertarungan separuh akhir yang cukup mendebarkan.

Chong Wei sudah penat?

Chong Wei tewas 16-21 dalam set pertama tetapi bangkit untuk memenangi set kedua 21-16. Rubber set berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain memberikan persembahan terbaik. Namun selepas memerah segala kudratnya,
Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain yang lebih muda daripadanya apabila tumpas 18-21.

Chen Long makin mengganas

Kemenangan Chen Long menunjukkan betapa China tidak pernah berhenti melahirkan bintang-bintang muda badminton yang bakal menggegar dunia. Bukan Lin Dan sahaja yang perlu digeruni malah ramai lagi pemain yang menunggu giliran.

Jika dilihat pada ranking IBF, kita patut risau. Chong Wei adalah satu-satunya wakil negara yang berada dalam kelompok 10 pemain terbaik manakala China mempunyai 4 pemain diketuai Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (5) dan Du Pengyu (9).

Jelas sekali kita terlalu bergantung kepada Chong Wei selama bertahun-tahun. Begitu juga dengan beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang gagal ke separuh akhir selepas kalah pada kesemua tiga perlawanan kumpulan.

Apa sudah jadi dengan program pembangunan badminton negara? Di manakah barisan pelapis kita? Seharusnya BAM bertindak segera sebelum badminton pula melalui zaman suram seperti skuad sepaktakraw.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja.


~ruudvanirwan~

Friday 16 December 2011

Selera Songsang Bikin Panas

Rata-rata laman media sosial Facebook, Twitter dan Blog hangat memperkatakan tentang perkahwinan kontroversi seorang lelaki gay Melayu yang didakwa sebagai Ariff Alfian Rosli dengan teman lelakinya dipercayai bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff yang dikatakan bekas pelajar tajaan sebuah gergasi carigali di University College Dublin sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. (sumber)

Pelbagai pihak mengecam dan mengutuk perkahwinan sensasi lagi kontroversi itu meskipun lelaki yang dimaksudkan 'tidak lupa' tradisi apabila lengkap berbaju Melayu, bersampin dan bertanjak dalam majlis tersebut. Namun siapalah kita untuk menilai buruk baik seseorang itu kerana kita sendiri tidak sempurna. Biar siapa pun lelaki yang dimaksudkan, sama-samalah kita berdoa agar dia kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

Apa yang membimbangkan, golongan songsang Malaysia nampaknya semakin 'mencipta nama' di luar negara. Pada 2009, negara digemparkan dengan perkahwinan seorang pondan, Fatine atau nama asalnya Mohammed Fadzil Min Bahari dengan bekas suaminya yang juga seorang pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah, Ian Young di UK. Bagaimanapun mereka berpisah selepas dua minggu Fatine memperoleh visa untuk tinggal di sana.

Fatine bersama bekas suaminya, Ian

Tahun ini pula paderi gay pertama Malaysia, Reverend Ouyang Wen Feng dilaporkan telah berkahwin dengan kekasihnya dari US, Phineas Newborn III yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York.

Ouyang dan Phineas

Namun kisah-kisah ini hanyalah sebahagian daripada barah sosial yang melanda masyarakat akhir zaman yang lemah akidahnya. Mungkin ratusan malah ribuan lagi yang terjebak ke lembah hitam. Kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara malah di Malaysia sendiri semakin bertambah golongan songsang.

Bukan niat penulis untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai iktibar dan panduan dalam kehidupan. Inilah antara cabaran yang menanti generasi akan datang iaitu anak, cucu dan cicit kita. Ingatlah peristiwa yang menimpa kaum Nabi Lut.



~ruudvanirwan~

Monday 12 December 2011

PTPTN - Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sehingga 31 Oktober lepas, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

"Bermula 1 Disember 2006 hingga 31 Oktober lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.

"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD,” katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini hari ini.

Kok Chung berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion.

“Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, PTPTN juga telah meluluskan pengecualian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta. – Bernama

* Pandai pinjam pandai lah bayar. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Takkan nak tunggu sampai kena blacklist. Ingatan untuk penulis juga yang masih berhutang. Janji dah bayar ok lah.


~ruudvanirwan~

Monday 5 December 2011

Harimau Muda 90-an

Standing (L-R) : Shah, Chee Kim, Izham, Cikgu Hamzah, Nizam, Norman, Johari, Khairil.
Sitting (L-R) : Imtiaz, Saiful, Mahadi, Akmal, Iwan, Boon Kiat, Anazly, Ruud.

Gambar team bolasepak 5 Kuning ini diambil pada tahun 1990 semasa pertandingan bolasepak antara kelas SRK St John (1). Ketika itu demam bolasepak melanda seluruh dunia dengan berlangsungnya Piala Dunia Italia 90. Penulis yang duduk paling kanan bertindak sebagai striker. Team ni takde pemain-pemain bertaraf bintang jadi sesuailah digelar 'underdogs'. Hanya 2 orang saja daripada team ni yang berjaya menyarung jersi timnas SRK St John iaitu Nizam dan penulis sendiri. Nak beli jersi memang tak mampu masa tu jadi singlet sukan sekolah warna kuning tu adalah 'jersi' kami. Barulah nampak macam Harimau Muda. Daripada 3 perlawanan, team ni hanya menang sekali je. Ok la tu.


* Terima kasih kepada saudara Iwan Shahril bekas midfielder team ni yang sudi memuat naik gambar di FB.


~ruudvanirwan~