Thursday 15 September 2011

Ini Rumah Kita!

Masa balik beraya kat Muar setiap hari dengar lagu 'Rumah Kita' berkumandang kat Johor fm sampai dah boleh hafal lirik. Lagu dendangan ND La La ni agak simple tapi ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan untuk renungan kita bersama. Sangat relevan dengan situasi semasa. Hayati liriknya...

Mari kita cari titik persamaan
Jangan dibesarkan titik perbezaan
Di situ bermula perpaduan kita
Di situ bermula perpecahan kita

Benarkah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Duduklah di kerusi
Jangan duduk di lantai saja

Rumah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Sudah terang lagi lah nyata
Jangan sengketa
Sesama kita jangan sengketa

Rumah ini rumah kita
Jangan biarkan orang yang jaga
Ditangan kita
Buruk baik ditangan kita

Benarlah ini rumah kita
Makan la isi
Jangan hanya hirup kuahnya

Baru tentu hala tujunya
Anak cucu terpelihara
Berbaik berpada-pada
Jangan cacing naik ke mata




~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment