Thursday 29 September 2011

Bill Shankly : 30 Tahun Berlalu

BILL SHANKLY
(2.9.1913 - 29.9.1981)

"In my time at Anfield we always said we had the best two teams on Merseyside,
Liverpool and Liverpool Reserves"


Hari ini genap 30 tahun pemergian William "Bill" Shankly atau Bill Shankly, bekas pengurus Liverpool antara 1959 dan 1974. Meskipun 3 dekad telah berlalu, nama Shankly yang lahir di Glenbuck, East Ayrshire, Scotland masih meniti di bibir peminat kerana dianggap sebagai bapa revolusi kelab Merseyside itu.

Shankly Gates dinamakan sempena nama Bill Shankly

Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool pada Disember 1959 ketika pasukan itu terperosok di tangga tercorot Divisyen Dua. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, beliau memimpin Liverpool menjadi salah satu pasukan ternama di Eropah dengan merangkul 3 kejuaraan liga, 2 Piala FA dan 1 Piala UEFA. Antara pemain yang dibeli adalah Kevin Keegan, Emlyn Hughes, Steve Heighway, John Toshack dan Ray Clemence. Apa yang pasti, tiada pengurus lain di dunia yang mampu menandingi Shankly membawa sebuah pasukan dari Divisyen 2 menjadi kuasa besar bolasepak Eropah!

Shankly bersama piala-piala yang dimenanginya

Selepas Liverpool menjuarai Piala FA pada tahun 1974, Shankly membuat kejutan apabila meletakkan jawatannya sebagai pengurus pasukan itu. Tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool menjadi alasan untuk beliau mengakhiri 'zaman pemerintahannya'.

Shankly juga sinonim dengan pasukan "Boot Room", satu tradisi baru yang dimulakannya di Anfield. Kumpulan ini akan berjumpa dan berbincang di dalam bilik yang terletak di bawah Main Stand di Anfield yang digunakan untuk menyimpan but dan pakaian pemain-pemain bola. Mereka membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Tradisi "Boot Room"

Antara perubahan yang dibawa oleh Shankly dan pasukan "Boot Room" termasuk menjadikan pusat latihan di Melwood serba moden dan lengkap. Selain itu, permainan 5-sebelah turut diperkenalkan untuk menyemai falsafah permainan Liverpool - pass and move, keep it simple. Pemain juga akan melapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas latihan akan pulang semula ke Anfield dengan bas.

Di samping itu, pemain-pemain akan makan bersama dan makanan dikawal. Shankly juga memastikan para pemain membuat warm down dengan betul untuk mengelakkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan Shankly terbukti apabila Liverpool muncul juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain!

Kini semangat "Boot Room" dan falsafah pass and move, keep it simple cuba diterapkan oleh Kenny Dalglish kepada para pemain Liverpool. Inilah masanya untuk mengembalikan kegemilangan The Reds sebagai kuasa besar bolasepak dunia. You'll Never Walk Alone!

Pencapaian

Divisyen 1
Juara: 1963–64, 1965–66, 1972–73

Divisyen 2
Juara: 1961–62

Piala FA
Juara: 1965, 1974

Piala UEFA
Juara: 1973

Sumbangsih
Juara: 1966, 1974
Kongsi: 1964, 1965

1973 Pengurus Terbaik Tahunan Inggeris


~ruudvanirwan~

2 comments:

  1. meh la follow blog sy bro. baru buat semalam. blog lama dh lupa password. tu sy dh follow blog bro. kita dh slalu tgk game same2.. http://miahahahahaha.blogspot.com/

    ReplyDelete