Tuesday 20 September 2011

Kasi Gegar Jepun!

Lupakan seketika kerancakan EPL atau La Liga. Ayuh berikan sokongan padu kepada skuad Olimpik negara yang akan turun menentang Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka malam esok.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee tidak perlu gentar dengan anak-anak buah Takashi Sekizuka meskipun pasukan Matahari Terbit itu mungkin menurunkan pemain baru Arsenal, Ryo Miyaichi. Harimau Muda juga mempunyai ramai pemain berbakat yang mampu memberikan saingan dan membuat kejutan.

Skuad negara merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang layak ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 selepas mengatasi saingan Pakistan dan Lebanon dalam dua peringkat awal sebelum ini. Selain Jepun, turut diundi bersama skuad Olimpik negara dalam Kumpulan C ialah jaguh Asia Tengah, Bahrain dan Syria. Malaysia pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 (Munich) dan 1980 (Moscow).

Pesanan penaja : Jepun, lu sapa wa mau goyang!!!

Kelayakan Olimpik London 2012
Olimpik Jepun vs Olimpik Malaysia
21 September 2011 - 7.00 mlm
@ Stadium Tosu, Fukuoka
Live di RTM2 & Astro Arena 801

Stadium Tosu - googlepic

Ayuh Harimau Muda!!!


~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment