Tak habis-habis cerita Awie bergaduh. Nampaknya ramai sangat manusia yang panas hati dengan penyanyi rock pujaan Malaya ni.
Kali ni vokalis kumpulan Wings itu dilaporkan bergaduh di sebuah kelab di Langkawi. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku terlibat dalam pergaduhan itu tetapi menafikan beliau yang memulakannya. Menurut Awie, kejadian tersebut berlaku pada 22 November lalu ketika beliau dan 3 rakan lain bercuti ke Pulau Langkawi.
Gua bukan kaki gaduh. Gua pembaca novel jer.
Pergaduhan dikatakan tercetus apabila beberapa pengunjung di situ ingin merakamkan gambarnya di kelab. Bagimanapun, hero filem Sembilu itu menolak permintaan mereka secara baik dan memberitahu mereka boleh mengambil gambarnya di luar kelab.
Insiden itu membuatkan mereka 'sentap' dan mula memprovokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga Awie hilang sabar. Pergaduhan dalam kelab tidak berakhir di situ sahaja malah melibatkan kira-kira 30 orang kampung yang menunggu untuk membelasah Awie dan rakan-rakannya. Namun pergaduhan dapat dileraikan sebaik sahaja pihak polis tiba di tempat kejadian.
Bagi penulis, kalau artis tu tak nak bergambar kena hormatlah pendirian dia. Ramai lagi artis kat dunia ni. Tak mati pon kalau tak dapat bergambar dengan Awie.
Nasib malang yang menimpa Awie ini mengingatkan penulis kepada pengalaman membuat liputan perbicaraan kes pergaduhan membabitkan Awie dan 2 yang lain pada tahun 2005. Ketika itu penulis berkhidmat dengan akhbar kompak Kosmo!. Kesian juga tengok Awie yang macho turun naik mahkamah.
Bagaimanapun Mahkamah Majistret Ampang membebas dan melepaskan Awie terhadap tuduhan bergaduh di lobi Kelab Oakleaf Bukit Antarabangsa pada 26 September 2002.
Pesanan penulis untuk Awie - kalau 'terpaksa' bergaduh lagi, jaga peti suara lu. Mahal wooo!
~ruudvanirwan~
No comments:
Post a Comment