Monday, 28 November 2011

Misteri Kematian Gary Speed

GARY SPEED
(1969-2011)

Beberapa jam sebelum aksi EPL dan ketika Harimau Muda melayani kunjungan Bahrain semalam, dunia bolasepak antarabangsa dikejutkan dengan kematian lagenda bolasepak Wales yang juga pengurus pasukan kebangsaan negara itu, Gary Speed pada usia 42 tahun. Lebih menyayat hati, beliau dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya.

Kematian Speed menimbulkan tanda-tanya kerana beliau dilihat tidak mengalami masalah manakala pasukan Wales bermain dengan baik sejak kebelakangan ini.


Speed yang mempunyai 85 caps untuk Wales antara 1990 dan 2004 hanya
sempat menjadi pengurus skuad bolasepak negara itu selama 11 bulan sejak Disember 2010. Sepanjang karier sebagai pemain selama 22 musim, Speed yang amat dikenali sebagai midfield maestro dan pakar freekick pernah menyarung jersi Leeds United, Everton, Newcastle United, Bolton Wanderers dan Sheffield United.

Beliau membantu Leeds memenangi kejuaraan Divisyen Satu terakhir pada 1992 sebelum era EPL dan menjadi pemain pertama membuat 500 penampilan ketika bersama Bolton pada 2006. Speed bersara selepas membuat 535 penampilan dalam EPL.

Beliau yang dianugerahkan MBE - Member of the British Empire bagi perkhidmatan untuk bolasepak tahun lalu sempat muncul dalam rancangan Football Focus kurang 24 jam sebelum menemui ajalnya.

Berita kematian Speed menyelubungi aksi EPL sehinggakan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menggugurkan Craig Bellamy yang juga rakan baik Speed daripada skuad menentang Manchester City kerana merasakan pemain itu tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya manakala Shay Given dilihat menitiskan air mata sebelum perlawanan Swansea-Aston Villa.

Shay Given tidak dapat menahan sebaknya

Penghormatan sebelum perlawanan Liverpool-Man City

Penghormatan sebelum perlawanan Swansea-Aston Villa


~ruudvanirwan~


No comments:

Post a Comment