Saturday 8 October 2011

Penangan Gout

Pernah rasa sakit di ibu jari kaki, pening kepala atau kejang? Awas! Ia mungkin tanda-tanda awal anda menghidap penyakit gout. Kesakitannya amat melampau hinggakan pergerakan pun terbatas.

Kita sering dengar dan lihat orang kena serang gout tapi adakah kita tahu apa itu gout? Gout berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermaksud setitis. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Jangan ingat anda masih muda boleh terlepas daripada perangkap gout. Orang mudalah yang berisiko menghidap gout kerana amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

Pembedahan mengeluarkan kristal garam asid urik - Kosmo!

Bagaimana gout boleh berlaku? Ia disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

Peningkatan asid urik berpunca daripada 3 faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk. Realitinya, memang ramai yang kurang minum air.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout. Bagi pesakit gout pula harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam. Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Hakikatnya, semua makanan ni lazat belaka!

Bacaan lanjut di Kosmo!


~ruudvanirwan~

1 comment: