Friday, 14 October 2011

Anu Putus Kena Mesin Bajak. Ooouucchhh!

Tengok tajuk pon dah mengerikan. Apatah lagi mangsa yang mengalaminya sendiri. Tak dapat nak dibayangkan kesakitan tu. Pedih ada, ngilu pon ada. Sekali imbas teringat adegan 'ngeri' Usop Wheelcha tersepit di bawah jentera pembajak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bagi yang masih melekat tu, gunakanlah sebaik mungkin di jalan yang lurus. Jangan ditala ke tempat yang tidak sepatutnya pulak. Buruk padahnya!

MARANG (Terengganu): Tindakan seorang lelaki kurang upaya berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila beliau terjatuh di belakang jentera itu yang tiba-tiba bergerak sebelum sebilah mata mesin pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus.

Dalam kejadian sekitar 12 tengah hari Ahad lalu di ladang penternakan di Serating itu, mangsa, 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang tersebut.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat, menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang itu.

'Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan ia kemudian dikatakan memulas sebahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai menyebabkan kemaluannya terputus,' katanya.

Menurut sumber itu, mangsa, yang kesakitan dan berlumuran darah, menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Timbalan Superintenden Ahmad Mazlan Yahya, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata mangsa kemudian dihantar untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung kemaluannya yang terputus itu. -- Harian Metro


~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment