Friday, 16 December 2011

Selera Songsang Bikin Panas

Rata-rata laman media sosial Facebook, Twitter dan Blog hangat memperkatakan tentang perkahwinan kontroversi seorang lelaki gay Melayu yang didakwa sebagai Ariff Alfian Rosli dengan teman lelakinya dipercayai bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff yang dikatakan bekas pelajar tajaan sebuah gergasi carigali di University College Dublin sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. (sumber)

Pelbagai pihak mengecam dan mengutuk perkahwinan sensasi lagi kontroversi itu meskipun lelaki yang dimaksudkan 'tidak lupa' tradisi apabila lengkap berbaju Melayu, bersampin dan bertanjak dalam majlis tersebut. Namun siapalah kita untuk menilai buruk baik seseorang itu kerana kita sendiri tidak sempurna. Biar siapa pun lelaki yang dimaksudkan, sama-samalah kita berdoa agar dia kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

foto : rotikaya.com

Apa yang membimbangkan, golongan songsang Malaysia nampaknya semakin 'mencipta nama' di luar negara. Pada 2009, negara digemparkan dengan perkahwinan seorang pondan, Fatine atau nama asalnya Mohammed Fadzil Min Bahari dengan bekas suaminya yang juga seorang pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah, Ian Young di UK. Bagaimanapun mereka berpisah selepas dua minggu Fatine memperoleh visa untuk tinggal di sana.

Fatine bersama bekas suaminya, Ian

Tahun ini pula paderi gay pertama Malaysia, Reverend Ouyang Wen Feng dilaporkan telah berkahwin dengan kekasihnya dari US, Phineas Newborn III yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York.

Ouyang dan Phineas

Namun kisah-kisah ini hanyalah sebahagian daripada barah sosial yang melanda masyarakat akhir zaman yang lemah akidahnya. Mungkin ratusan malah ribuan lagi yang terjebak ke lembah hitam. Kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara malah di Malaysia sendiri semakin bertambah golongan songsang.

Bukan niat penulis untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai iktibar dan panduan dalam kehidupan. Inilah antara cabaran yang menanti generasi akan datang iaitu anak, cucu dan cicit kita. Ingatlah peristiwa yang menimpa kaum Nabi Lut.



~ruudvanirwan~

2 comments:

  1. ntala... terlalu ikut nafsu smpi lupa halal haram......

    ReplyDelete
  2. nauzubillah. minta jauhkan dr anak, cucut dan cicit kita.

    ReplyDelete