Wednesday, 15 February 2012

Mana Tangan Aku?

Bayangkan anda memandu kereta ke hospital yang berdekatan dengan sebelah tangan yang putus sambil darah memancut tanpa henti. Ngeri kan? Itulah yang dialami seorang ejen insurans yang 'kehilangan' tangannya dalam satu kejadian rompakan di luar sebuah restoran di Jalan Ampang pada 3 Februari lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Poon telah diserang 3 perompak termasuk seorang wanita yang menetak tangan kirinya sehingga putus sebelum melarikan telefon bimbit dan wang yang dikeluarkan dari mesin ATM. Menyedari tangannya putus, Poon telah memandu sendiri keretanya untuk mendapatkan rawatan di Gleneagles Hospital yang terletak kurang 2 km dari situ.

Bagaimanapun Poon amat bernasib baik apabila pasukan perubatan berjaya menemui tangannya kira-kira 100 meter dari tempat dia diserang. Hasil tindakan segera dan dedikasi sepasukan doktor yang sanggup bersengkang mata menjalankan pembedahan, tangan Poon akhirnya berjaya disambung dalam masa 10 jam selepas jenayah kejam itu. Apa yang penting, Poon masih bernyawa lagi.

sumber


Tangan kiri yang ditemui semula. - pix The Sun Daily

Sebahagian tangan Poon yang putus. - pix The Sun Daily

Dr. Palani Ramasamy bersama mangsa selepas pembedahan
menyambungkan tangan yang putus. - pix The Sun Daily



~ruudvanirwan~

Sunday, 12 February 2012

7 Tempat Cantik di Indonesia Yang Wajib Dikunjungi

Indonesia bukan sekadar membeli-belah, berhibur dan bersantai di Jakarta, Yogyakarta, Surabaya, Medan, Bandung atau Bali. Malah banyak lagi tempat yang boleh diterokai untuk melancong, bersukan atau menghilangkan stress. Tempat-tempat tersebut menyimpan pesona alam yang luar biasa dan pasti memberikan pengalaman dan kenangan yang cukup indah dan berbeza kepada para pengunjung.

Berikut adalah 7 tempat cantik di Indonesia yang boleh dijadikan pilihan untuk dikunjungi. (sumber : Kompas)

1. Cartensz Pyramid, Papua

Carstensz Pyramid atau dikenali juga sebagai Puncak Jaya adalah sebuah puncak yang menjadi sebahagian daripada Banjaran Sudirman di provinsi Papua, Indonesia. Puncak Jaya mempunyai ketinggian 4884m dan di sekitarnya terdapat glasier Carstenz, satu-satunya glasier tropika di Indonesia, yang mungkin akan lenyap akibat pemanasan global. Puncak Jaya menjadi sasaran utama para pendaki gunung di Indonesia.

2. Pulau Komodo

Pulau Komodo adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Nusa Tenggara dan terkenal sebagai habitat asli komodo. Pulau ini juga merupakan kawasan Taman Nasional Komodo yang dikawal oleh Pemerintah Pusat. Ia berada di sebelah timur Pulau Sumbawa, yang dipisahkan oleh Selat Sape.

3. Taman Laut Bunaken, Sulawesi Utara

Sebagai salah satu tarikan utama pelancongan laut di Indonesia, penggemar selam skuba atau snorkeling pasti pernah atau bermimpi mengunjungi Taman laut Bunaken ini. Memiliki 20 dive spots dengan kedalaman bervariasi hingga 1.344 meter, 12 dive spots di antaranya terletak di sekitar Pulau Bunaken. 12 dive spots inilah yang paling kerap dikunjungi penyelam dan pecinta keindahan pemandangan dasar laut.

4. Gunung Bromo, Jawa Timur

Gunung Bromo (dari bahasa Sanskrit: Brahma), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan di Jawa Timur. Sebagai objek pelancongan, Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo yang mempunyai ketinggian 2.392m di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang dan Kabupaten Malang.

5. Baluran, Jawa Timur

Taman Nasional Baluran merupakan peninggalan ekosistem hutan yang kering di Pulau Jawa. Ia terdiri daripada tumbuhan savana, hutan bakau, hutan musim, hutan pantai, hutan pergunungan bawah, hutan rawa dan hutan yang selalu hijau sepanjang tahun.

6. Pergunungan Karst Bantimurung, Sulawesi Selatan

Taman Nasional Bantimurung mempunyai pemandangan alam yang sangat indah. Malah terdapat sumber air yang tidak pernah kering di taman nasional ini sehingga pelbagai jenis tanaman dapat bertahan walaupun musim kemarau yang berpanjangan.


7. Pantai Sikuai, Padang

Masih tidak ramai yang memilih Pantai Sikuai sebagai destinasi pelancongan di Indonesia. Namun sejak beberapa tahun lalu, pemerintah Padang mula serius mengembangkan pelancongan di pantai ini. Pasir putih serta pantai yang panjang dan landai menjadikan pantai ini sangat indah dan menyejukkan mata.


~ruudvanirwan!

#TJFutsal Gegar The Challenger

Siapa kata ber-Twitter tak boleh bersukan? Pada 11 Februari lalu buat julung kalinya berlangsung #TJFutsal di The Challenger Sports Centre, Petaling Jaya. #TJFutsal adalah kejohanan futsal bagi mereka yang mempunyai akaun Twitter sahaja, khasnya komuniti maya Malaysia dikenali sebagai #Twitterjaya.

Objektif kejohanan ini bukanlah merebut hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tetapi merapatkan persahabatan antara komuniti #Twitterjaya. Menariknya, pemilihan team dibuat oleh organizer dengan undian secara rawak. Jadi pemain tidak boleh memilih team sendiri mengikut tahap kehebatan mereka.

#TJFutsal committee @_miradora & @iezssyfariz

tuit tetap tuit

Setiap pemain dikenakan yuran sebanyak RM15 (lelaki) dan RM5 (wanita). #TJFutsal melibatkan 16 team lelaki yang terbahagi kepada 2 kumpulan di samping 2 team wanita. Dalam perlawanan pertunjukan, team #Twitterjaya berjaya menewaskan team Era FM 1-0.

Team Era FM

Aksi #TJFutsal

Penulis bersama Reds Family

Selepas seharian berentap, akhirnya team B8 atau #OleJaya yang turut menampilan member penulis, @PanjangREDS berjaya merangkul kejuaraan #TJFutsal menewaskan team B7. Lagi gempak, team #OleJaya takde keeper sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan #TJFutsal!

#OleJaya - #TJFutsal 2012 Champions

~ruudvanirwan~

'Missing You' Flash Mob di KLIA

Bayangkan anda baru turun dari kapal terbang dan berjalan menuju Balai Ketibaan. Tiba-tiba ada sekumpulan manusia tengah menyanyi dan menari sakan di depan anda. Pasti anda terfikir "Aku dah salah masuk ke ni?" atau "Aku dah terkena prank macam Wakenabeb!"

Pada 14 Januari lalu, penulis menyertai satu Flash Mob anjuran bersama Malaysia Airlines (MAS) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Balai Ketibaan, Aras 3. Kira-kira 100 orang penari dan penyanyi terlibat dalam Flash Mob ini.

Apa benda Flash Mob tu? Mengikut wikipedia, Flash Mob adalah kumpulan atau orang ramai yang berhimpun secara tiba-tiba di tempat awam, melakukan perbuatan luar biasa dan kadang-kadang seolah-olah tiada tujuan untuk masa yang singkat dan kemudian bersurai. Flash mob selalunya untuk tujuan seni dan hiburan.

pix : Malaysia Airlines

pix : Malaysia Airlines

pix : Malaysia Airlines

Sebelum ini Flash Mob pernah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kita tengok pula bagaimana Flash Mob yang dibuat di KLIA.



Penulis & UNISEL students lepas sesi latihan

Bersama choreographer tersohor, Pat Ibrahim

We are the performers!

Capo Muddy - Orang kuat MAS

Briefing by Pat Ibrahim

Penulis & UNISEL students

Tak sabar-sabar nak perform

Tiara Jacquelina pon ada

Big family of performers


~ruudvanirwan!

Saturday, 11 February 2012

Whitney Houston Mati Kerana Overdose?

WHITNEY HOUSTON
(9 August 1963 - 11 February 2012)

Rasanya ramai dah tau berita kematian penyanyi bersuara emas, Whitney Houston yang juga bekas isteri penyanyi Bobby Brown, hanya beberapa jam sebelum Grammy Awards.

Kematian Whitney pada usia 48 tahun menimbulkan tanda tanda kerana lokasi dan punca kejadian belum dapat dikenal pasti meskipun ada laporan mengatakan beliau ditemui mati di bilik hotelnya di Beverly Hilton Hotel.

Di sebalik kejayaan merangkul beratus-ratus anugerah termasuk 2 Emmy Awards dan 6 Grammy Awards, karier Whitney diselubungi ketagihan arak dan penyalahgunaan dadah sejak beberapa tahun lalu.

Malah Whitney turut mengaku mengambil kokain, ganja dan pil sehingga mengakibatkan persembahan beliau tidak sehebat dulu.

Adakah kematian Whitney disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan atau drug overdose? Ia tidak mustahil kerana ramai bintang Barat mati kerana drug overdose seperti Kurt Cobain, Amy Whinehouse, Jim Morrison, Layne Staley, River Phoenix dan Marilyn Monroe.

Lagu-lagu hitnya I Will Always Love You, Saving All My Love For You, I Wanna Dance With Somebody, Greatest Love of All, Didn't We Almost Have It All dan Where Do Broken Hearts Go serta filem-filemnya The Bodyguard, Waiting to Exhale dan The Preacher's Wife kini tinggal kenangan.


~ruudvanirwan~

Friday, 10 February 2012

Apa itu Rotavirus?


Ketika anak sulung penulis berusia 2 tahun, dia mengalami cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk. Badannya lemah dan tidak bermaya sehingga mengakibatkan dehidrasi. Selepas dimasukkan ke hospital, doktor mengesahkan ia adalah disebabkan oleh sejenis virus dikenali sebagai Rotavirus. Hari ini pula, kita dikejutkan dengan berita kematian 2 bayi di Perak disyaki akibat Rotavirus yang menyebabkan kes Acute Gastroentritis (AGE).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak berusia kurang 5 tahun adalah disebabkan cirit-birit. Manakala lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh Rotavirus. (sumber : www.simedarbyhealthcare.com)

Di Malaysia, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan 1 daripada 37 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala 1 daripada 67 ditahan dalam wad sementara 1 daripada 15,000 berdepan dengan kematian. Bayi berusia antara 3 hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh Rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian ini berlaku dalam usia tahun pertama.

Jangan ambil mudah sekiranya anak anda mengalami cirit-birit atau muntah-muntah. Rotavirus mungkin tidak merbahaya di peringkat awal tetapi boleh memudaratkan jika tidak ditangani segera. Berikut adalah sedikit info mengenai Rotavirus untuk dikongsi bersama.

Apakah Rotavirus?
Cirit-birit dan muntah teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak lazimnya berusia 5 tahun ke bawah.

Simptom Rotavirus
* Demam
* Cirit-birit
* Muntah-muntah
* Sakit perut
* Dehidrasi

Penularan Rotavirus
Rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal. Saluran tangan dan najis paling mudah menyebarkan Rotavirus. Selain itu, ia desebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

Mencegah Rotavirus
* Memberi susu ibu.
* Mendapatkan vaksin Rotavirus.
* Membersihkan barang permainan dan kawasan bermain.
* Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasih tangan dengan betul.


~ruudvanirwan~

Wednesday, 8 February 2012

Liverpool dan Anfield Cats


Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Itulah yang berlaku ketika pertemuan Liverpool dengan Spurs tempoh hari. Belum pun sempat penyokong setia The Reds melihat kelibat Luis Suarez selepas digantung 8 perlawanan, mereka terlebih dahulu 'dihiburkan' dengan aksi selamba seekor kucing 'menceroboh' padang Anfield. Insiden yang berlaku pada minit ke-11 menyaksikan sang Anfield Cat itu berlegar-legar di atas padang sebelum dibawa keluar oleh steward.

Kucing itu dikatakan mirip Moglet iaitu kucing jalanan yang menjadi maskot tidak rasmi kelab tersebut pada zaman 80-an dan pernah menghiasi muka depan match programme musim 1982-83 bersama Milk Cup. Malah ada yang mendakwa ia adalah 'saudara jauh' Moglet.

Moglet 80s

Sam 2012

Hanya dalam beberapa minit, kucing tersebut menjadi sensasi di Internet setelah munculnya beberapa akaun Twitter yang didedikasikan kepadanya. Antaranya @anfieldcat yang mendakwa sebagai Twitter rasmi kucing itu. Percaya atau tidak, ia sudah mempunyai lebih 40,000 pengikut di Twitter!

Sebelum ini seekor kucing hitam pernah muncul di padang Anfield pada 22 Ogos 1964 ketika perlawanan Liverpool dengan Arsenal yang julung kali disiarkan dalam program "Match of the Day" untuk BBC TV. Kehadiran kucing itu seakan membawa tuah apabila Liverpool memenangi perlawanan tersebut 3-2 dan merangkul FA Cup di penghujung musim. Apakah perkara sama akan berlaku pada musim ini?

pix : Liverpool Echo

pix : heroes-together

Kemunculan kucing-kucing tersebut membuktikan Anfield yang cukup bersejarah itu bukan sahaja disukai dan disenangi manusia, malah haiwan-haiwan yang comel.


~ruudvanirwan~