Friday, 10 February 2012

Apa itu Rotavirus?


Ketika anak sulung penulis berusia 2 tahun, dia mengalami cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk. Badannya lemah dan tidak bermaya sehingga mengakibatkan dehidrasi. Selepas dimasukkan ke hospital, doktor mengesahkan ia adalah disebabkan oleh sejenis virus dikenali sebagai Rotavirus. Hari ini pula, kita dikejutkan dengan berita kematian 2 bayi di Perak disyaki akibat Rotavirus yang menyebabkan kes Acute Gastroentritis (AGE).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak berusia kurang 5 tahun adalah disebabkan cirit-birit. Manakala lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh Rotavirus. (sumber : www.simedarbyhealthcare.com)

Di Malaysia, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan 1 daripada 37 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala 1 daripada 67 ditahan dalam wad sementara 1 daripada 15,000 berdepan dengan kematian. Bayi berusia antara 3 hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh Rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian ini berlaku dalam usia tahun pertama.

Jangan ambil mudah sekiranya anak anda mengalami cirit-birit atau muntah-muntah. Rotavirus mungkin tidak merbahaya di peringkat awal tetapi boleh memudaratkan jika tidak ditangani segera. Berikut adalah sedikit info mengenai Rotavirus untuk dikongsi bersama.

Apakah Rotavirus?
Cirit-birit dan muntah teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak lazimnya berusia 5 tahun ke bawah.

Simptom Rotavirus
* Demam
* Cirit-birit
* Muntah-muntah
* Sakit perut
* Dehidrasi

Penularan Rotavirus
Rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal. Saluran tangan dan najis paling mudah menyebarkan Rotavirus. Selain itu, ia desebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

Mencegah Rotavirus
* Memberi susu ibu.
* Mendapatkan vaksin Rotavirus.
* Membersihkan barang permainan dan kawasan bermain.
* Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasih tangan dengan betul.


~ruudvanirwan~

2 comments:

  1. snek ringan rota tuh ade kaitan ker?

    ReplyDelete
  2. ada. kalu tak basuh tangan terus makan snek tu.

    ReplyDelete