Wednesday, 15 February 2012

Mana Tangan Aku?

Bayangkan anda memandu kereta ke hospital yang berdekatan dengan sebelah tangan yang putus sambil darah memancut tanpa henti. Ngeri kan? Itulah yang dialami seorang ejen insurans yang 'kehilangan' tangannya dalam satu kejadian rompakan di luar sebuah restoran di Jalan Ampang pada 3 Februari lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Poon telah diserang 3 perompak termasuk seorang wanita yang menetak tangan kirinya sehingga putus sebelum melarikan telefon bimbit dan wang yang dikeluarkan dari mesin ATM. Menyedari tangannya putus, Poon telah memandu sendiri keretanya untuk mendapatkan rawatan di Gleneagles Hospital yang terletak kurang 2 km dari situ.

Bagaimanapun Poon amat bernasib baik apabila pasukan perubatan berjaya menemui tangannya kira-kira 100 meter dari tempat dia diserang. Hasil tindakan segera dan dedikasi sepasukan doktor yang sanggup bersengkang mata menjalankan pembedahan, tangan Poon akhirnya berjaya disambung dalam masa 10 jam selepas jenayah kejam itu. Apa yang penting, Poon masih bernyawa lagi.

sumber


Tangan kiri yang ditemui semula. - pix The Sun Daily

Sebahagian tangan Poon yang putus. - pix The Sun Daily

Dr. Palani Ramasamy bersama mangsa selepas pembedahan
menyambungkan tangan yang putus. - pix The Sun Daily



~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment