Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Festival Peperangan Pasola Yang Mendebarkan

Siapa tak kenal watak antagonis Menteri Pasola lakonan Hussein Abu Hassan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee. Di Indonesia juga ada Pasolanya sendiri iaitu Festival Pasola yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Pulau Sumba, Provinsi Nusa Tenggara Timur. Dahulu dikenali sebagai Pulau Cendana, Sumba merupakan daerah yang terkenal kerana melahirkan penunggang kuda terbaik di Nusantara. Kudanya juga agak berbeza kerana 'perkahwinan campur' kuda tempatan dan kuda Arab yang menjadikannya lebih besar.

2 kumpulan berkuda sedia bertarung. - Reuters

Pasola berasal dari perkataan "sola" atau "hola" yang bermaksud sejenis lembing kayu. Apabila ditambah imbuhan "pa" (pa-sola, pa-hola) maksudnya menjadi permainan. Oleh itu, pasola atau pahola bererti permainan peperangan menggunakan senjata lembing kayu antara dua kumpulan berkuda. Ia merupakan sebahagian daripada upacara tradisional masyarakat Sumba yang masih menganut agama asli mereka iaitu Marapu ketika musim menuai.

Pertarungan yang biasa 'makan darah'. - catatanwarungkopi.blogspot.com

Meskipun sering mengorbankan nyawa, namun festival ini tetap diadakan setiap tahun. Acara Pasola biasanya berlangsung antara bulan Februari - Mac selama 1 atau 2 hari sahaja selama 2 hingga 3 jam. Sebelum Pasola dimulakan, pada pagi hari berkenaan mereka akan mengikuti ritual yang dipanggil adat nyale di pantai.

Adat nyale di tepi pantai. - catatanwarungkopi.blogspot.com

Permainan Pasola diadakan di 4 kampung Kabupaten Sumba Barat iaitu Kodi, Lamboya Wonokaka dan Gaura mengikut giliran. Walaupun lokasi Pasola agak jauh dari kampung, orang ramai pasti 'turun padang' bersama kaum keluarga untuk menonton permainan peperangan turun-temurun itu. Festival Pasola bukan sahaja menarik minat pengunjung tempatan malah antarabangsa.

Penunggang kuda berbakat. - pareraz.blogspot.com


~ruudvanirwan~

Wednesday, 22 February 2012

Stevie G Hotel Untuk Peminat Liverpool


Kalau anda rasa Anfield tu jauh sangat, apa kata menginap saja di Stevie G Hotel, Bandung, Indonesia yang dinamakan sempena nama kapten Liverpool FC, Steven Gerrard. Hotel yang terletak di Jalan Sersan Bajuri, Setiabudi itu adalah hotel butik 3 bintang yang baru saja beroperasi pada akhir tahun lalu.

Ia mempunyai 24 bilik bertemakan ala Inggeris. Namun terdapat sebuah bilik yang paling istimewa iaitu bilik 'This is Anfield', merujuk kepada stadium kebanggaan Liverpool dan Steven Gerrard sendiri. Dekorasi bilik 'This is Anfield' sangat memanjakan peminat Liverpool. Dalam bilik itu terdapat wallpaper stadium Anfield dan barisan pemain Liverpool dari dulu hingga sekarang termasuk Luis Suarez.
Apa tunggu lagi, jom ke Bandung!

Lihat beberapa foto Stevie G Hotel yang diambil dari akaun FB Stevie G Hotel.






~ruudvanirwan~

Sunday, 12 February 2012

7 Tempat Cantik di Indonesia Yang Wajib Dikunjungi

Indonesia bukan sekadar membeli-belah, berhibur dan bersantai di Jakarta, Yogyakarta, Surabaya, Medan, Bandung atau Bali. Malah banyak lagi tempat yang boleh diterokai untuk melancong, bersukan atau menghilangkan stress. Tempat-tempat tersebut menyimpan pesona alam yang luar biasa dan pasti memberikan pengalaman dan kenangan yang cukup indah dan berbeza kepada para pengunjung.

Berikut adalah 7 tempat cantik di Indonesia yang boleh dijadikan pilihan untuk dikunjungi. (sumber : Kompas)

1. Cartensz Pyramid, Papua

Carstensz Pyramid atau dikenali juga sebagai Puncak Jaya adalah sebuah puncak yang menjadi sebahagian daripada Banjaran Sudirman di provinsi Papua, Indonesia. Puncak Jaya mempunyai ketinggian 4884m dan di sekitarnya terdapat glasier Carstenz, satu-satunya glasier tropika di Indonesia, yang mungkin akan lenyap akibat pemanasan global. Puncak Jaya menjadi sasaran utama para pendaki gunung di Indonesia.

2. Pulau Komodo

Pulau Komodo adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Nusa Tenggara dan terkenal sebagai habitat asli komodo. Pulau ini juga merupakan kawasan Taman Nasional Komodo yang dikawal oleh Pemerintah Pusat. Ia berada di sebelah timur Pulau Sumbawa, yang dipisahkan oleh Selat Sape.

3. Taman Laut Bunaken, Sulawesi Utara

Sebagai salah satu tarikan utama pelancongan laut di Indonesia, penggemar selam skuba atau snorkeling pasti pernah atau bermimpi mengunjungi Taman laut Bunaken ini. Memiliki 20 dive spots dengan kedalaman bervariasi hingga 1.344 meter, 12 dive spots di antaranya terletak di sekitar Pulau Bunaken. 12 dive spots inilah yang paling kerap dikunjungi penyelam dan pecinta keindahan pemandangan dasar laut.

4. Gunung Bromo, Jawa Timur

Gunung Bromo (dari bahasa Sanskrit: Brahma), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan di Jawa Timur. Sebagai objek pelancongan, Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo yang mempunyai ketinggian 2.392m di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang dan Kabupaten Malang.

5. Baluran, Jawa Timur

Taman Nasional Baluran merupakan peninggalan ekosistem hutan yang kering di Pulau Jawa. Ia terdiri daripada tumbuhan savana, hutan bakau, hutan musim, hutan pantai, hutan pergunungan bawah, hutan rawa dan hutan yang selalu hijau sepanjang tahun.

6. Pergunungan Karst Bantimurung, Sulawesi Selatan

Taman Nasional Bantimurung mempunyai pemandangan alam yang sangat indah. Malah terdapat sumber air yang tidak pernah kering di taman nasional ini sehingga pelbagai jenis tanaman dapat bertahan walaupun musim kemarau yang berpanjangan.


7. Pantai Sikuai, Padang

Masih tidak ramai yang memilih Pantai Sikuai sebagai destinasi pelancongan di Indonesia. Namun sejak beberapa tahun lalu, pemerintah Padang mula serius mengembangkan pelancongan di pantai ini. Pasir putih serta pantai yang panjang dan landai menjadikan pantai ini sangat indah dan menyejukkan mata.


~ruudvanirwan!