Friday 2 March 2012

Wanita Jepun Suka Guna Telefon Masa Mandi

Percaya atau tidak, wanita Jepun begitu menyukai telefon, sampai mereka terlalu kerap menggunakannya di bilik mandi.

Berasal dari idea inilah, Panasonic dan Fujitsu menghasilkan produk telefon tahan air dan anti debu.

“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak tahan air. Sekitar 90 hingga 95 peratus dari semua telefon bimbit yang dijual bersifat kalis air,” kata Eksekutif Panasonic, Taro Itakura, kepada AFP, Rabu (29/2).

Wanita Jepun kata beliau, sangat unik dan lebih suka menggunakan telefon termasuk saat mereka mandi.

Panasonic mula mencari cara kembali ke pasaran Eropah setelah menarik diri pada 2005 dan menumpukan pada jualan domestik.

Belum diketahui apakah Eropah menyukai produk Jepun ini, tetapi Itakura berharap masyarakat Eropah bersedia untuk menggunakannya ketika hari hujan.

Menurut salah satu pemasar Panasonic, Florian Sohn, satu pertiga daripada kerosakan telefon bimbit juga adalah kerana air.

Fujitsu, yang mempunyai seperlima pasaran smartphone Jepun juga memasarkan produk telefon tahan airnya.

“Telefon menemani kita 24 jam sehari, dan selalu bersama hingga ke bilik mandi,” kata Naib Presiden Fujitsu, Nobuo Ohtani.

Selain telefon tahan air, telefon ini juga tahan walaupun jatuh berulang kali.

Teknologi yang dibenamkan di dalamnya termasuk sensor yang meningkatkan atau menurunkan tahap suara panggilan, bahkan dapat melambatkan percakapan atau perbincangan jika pemanggil bercakap terlalu cepat.

sumber : mynewshub.my

3 comments:

  1. semakin hebat entry-entry anda...tertarikssss....

    ReplyDelete
  2. yup saya setuju dgn manlukeman..entry En Rud makin manarik...teruskan...:)

    ReplyDelete