KUALA LUMPUR, (Bernama) - Pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, yang pernah terpilih untuk pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman dan 2010 di Afrika Selatan, menyatakan hasrat untuk bersara dari profesion pengadilan bola sepak.
Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu meluahkan hasrat untuk bersara selepas memikirkan banyak perkara termasuk memberi ruang kepada pengadil muda memperkembangkan kemahiran dalam arena bola sepak tempatan.
Subkhiddin (tiga dari kiri) ketika menjadi pengadil keempat perlawanan
pembukaan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Mexico
pembukaan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Mexico
"Saya memilih untuk bersara kerana ingin memberi lebih masa dengan keluarga kerana sebelum ini sibuk dengan tugasan sebagai pengadil," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau yang berasal dari Parit Buntar, Perak, mula meniup wisel bagi perlawanan bertaraf dunia sebagai pengadil pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea Selatan dan mengakhiri kariernya di pentas dunia di Piala Dunia Afrika Selatan tahun lepas.
* Jika itu keputusannya, kita kena respect la. Tapi kalau nak teruskan lagi bagus untuk guide ref-ref muda yang cetek ilmu dan pengalaman.
* Teringat idea kreatif member penulis, Tok Wali yang mencadangkan supaya persiapan dan perjalanan Subkhiddin dari Malaysia ke Afrika Selatan semasa Piala Dunia 2010 dirakamkan untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia. Tapi tinggal kenangan aje la.
~ruudvanirwan~
No comments:
Post a Comment