Saturday, 3 September 2011

Jasamu Dikenang

Allahyarham Noramfaizul

Semalam negara dikejutkan dengan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 41, selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Sebagai bekas wartawan, penulis turut tersentak, sedih dan simpati dengan insiden yang menimpa bekas rakan seperjuangan. Meskipun tidak mengenali arwah secara rapat sewaktu bertugas di Bernama pada tahun 2003, bagi penulis arwah memiliki karakter yang amat disenangi rakan-rakan setugas.

Begitulah risiko yang mendepani seseorang petugas media dalam membawakan 'kebenaran' kepada masyarakat. Bagi penulis, arwah Noramfaizul, Aji Saregar Mazlan dan petugas media yang lain adalah wira negara. Pressmen are national heroes. That's a fact! Seharusnya tugas dan pengorbanan mereka lebih dihargai.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP), sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992 (sumber Utusan Malaysia).

Noramfaizul merupakan petugas media Malaysia pertama terkorban ketika membuat liputan di luar negara. Penulis berharap keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. Al-Fatihah.


~ruudvanirwan~


1 comment:

  1. rakyat Malaya semua adalah wira..untuk tuan, selamat kembali menulis...

    ReplyDelete