Bagi mereka yang ada anak kecil, rajin-rajinlah tengok apa yang dikunyahnya. Mana tahu tabiat makannya agak pelik dan aneh macam kanak-kanak ni. Tak seperti kanak-kanak lain, Natalie Hayhurst mempunyai ketagihan untuk memakan benda-benda yang merbahaya termasuk mentol lampu! Punyalah banyak makanan kat dunia ni, mentol juga jadi pilihan. Eksotik sungguh selera budak ni.
Natalie berhadapan dengan risiko berpanjangan meracuni dirinya kerana satu keadaan yang jarang berlaku yang mengakibatkan ketagihan kepada benda-benda yang tak sesuai dimakan. Pada Februari lalu, Natalie yang berusia 3 tahun hampir meninggal dunia kerana memakan mentol yang diambilnya di bilik tidur. Bukan sahaja mentol, Natalie juga gemar mengunyah batu dan batang kayu serta pernah memakan batu bata. "Ia seperti biskut cip coklat," kata Natalie.
Ibunya, Colleen, 31, yang berasal dari Terre Haute, Indiana, AS menganggap ia adalah perjuangan berterusan kerana dia cuba menghalang anaknya daripada memakan benda-benda yang boleh membunuh.
"Natalie tak cuba makan kaca sejak benda tu melukainya namun dia akan cuba mengunyah batu dan batang kayu yang dijumpainya di taman," kata Colleen.
Collen menambah anaknya hampir meninggal dunia gara-gara memakan gelas sebelum dikejarkan ke RS St Vincent Children's Hospital. Kaca yang dimakannya berjaya dikeluarkan.
~ruudvanirwan~
No comments:
Post a Comment