Monday, 12 September 2011

Saved by the Tweet


Sabtu, 3 September. Jam menunjukkan pukul 3.15 petang. Penulis masih menikmati kek Chocolate Chip Wallnut sempena hari lahir ke-32 yang dibeli dari Secret Recipe. Terlintas di hati nak tengok timeline kat Ubersocial Twitter. Scroll punya scroll terbaca tweet seorang sahabat bernama Anuar Salleh @ Nuar berbunyi lebih kurang macam ni "Ketibaan Ismadi Yusoff, Razlan Rashid, Ruud Van Irwan".

Penulis bersama pasangan mempelai - Nuar & Sarimah

Tiba-tiba penulis teringat, "Wedding Nuar hari ni!!!". Serius gua lupa langsung pasal wedding Nuar yang juga kaki Twitter. Perasaan bersalah terus menyelubungi apatah lagi Nuar sendiri menjemput penulis ke weddingnya semasa Iftar @ Daun bulan lepas. Tanpa membuang masa, penulis terus memecut dari AU1 ke rumah Nuar yang terletak di AU2.

Aksi manja pengantin lelaki

Nasib baik majlis masih berlangsung dan caterer belum 'tutup kedai'. Dapatlah penulis menjamah rojak buah dan kuih batang buruk moden je sebab sebelum tu dah melantak tahap gaban kat rumah parents. Terus buat confession kat Nuar yang penulis lupa langsung pasal wedding dia. Nasib baik lu tweet Nuar!

Pengantin tengah tweet

Itulah faedahnya social networking macam Twitter dan Facebook. Bukan sekadar bergosip pasal artis, berpolitik, menghentam, bisnes atau bersosial tapi juga untuk menyampaikan mesej-mesej yang penting. Moral of the story, rajin-rajinlah tengok timeline anda. Renung-renungkan.


~ruudvanirwan~

2 comments:

  1. muda lagi baru 32....yup dgn adanya fb dan twitter memudahkan urusan...tapi kena guna cara positif lah..jgn salah guna....

    ReplyDelete
  2. gunakan dengan cermat dan tanpa was-was :)

    ReplyDelete