Rasanya ramai yang tahu hari ni adalah Hari Bebas Kereta Sedunia walaupun kurang digembar-gemburkan media. Jika dilihat pada nama event ni, agak gah bunyinya. Namun berapa ramai pula yang menghayatinya dan menggunakan pengangkutan awam, berbasikal atau berjalan kaki ke pejabat, universiti, sekolah, pasar dan sebagainya?
Sebelum ni kerajaan pernah lancarkan kempen kongsi kereta atau car pool tapi kurang berjaya. Antara alasan yang popular termasuklah:
1. LRT/Komuter/Bas sempit/penuh
2. Bas/Komuter lambat
3. Kerap tukar pengangkutan ke sesuatu destinasi
4. Tiada pengangkutan awam ke tempat dituju
Sempena Hari Bebas Kereta Sedunia, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengedarkan 150,000 tiket percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Semua kupon itu diedarkan berperingkat mulai Selasa dan berakhir 22 September 2012. Penulis puji langkah yang diambil SPNB ini. Namun adakah ini saja alternatif yang kita ada?
Banyak respon yang diterima di Facebook terhadap cadangan penulis mengenai pelaksanaan Hari Bebas Kereta atau Car Free Day di Malaysia. Ada yang menyokong, tidak setuju dan memberikan idea. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen.
Sebenarnya tidak sukar untuk kita implement Hari Bebas Kereta ni di Malaysia, khususnya di kota metropolitan Kuala Lumpur. Jangan terlalu ambitious. Buat sekadar mampu. Kalau semua susah dan tak boleh, sampai bila benda nak jalan? Ambil contoh di Indonesia, Jakarta Car Free Day (JCFD) diadakan dua minggu sekali pada setiap hari Ahad. Ia dilaksanakan di beberapa jalan utama di segitiga emas dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bersenam, bersukan, pameran seni dan gerai jualan.
Kita juga boleh buat di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Bukit Bintang yang terkenal dengan kesesakan lalulintasnya. Jika hari bekerja susah, pilih saja hari minggu. Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan kenderaan dan seterusnya kurangkan pencemaran.
Jangan sekadar sambut dan sokong Hari Bebas Kereta Sedunia tanpa berani lakukan perubahan. Bak kata Zack De La Rocha RATM dalam lagu Guerilla Radio - "It has to start somewhere, It has to start sometime, What better place than here, What better time than now?"
Persoalannya, siapa nak BERTANGGUNGJAWAB?
~ruudvanirwan~

terbaek la syeh..meh jd journalist blk la..
ReplyDeleteakan dipertimbangkan...
ReplyDelete