20-1. Itu bukanlah keputusan perlawanan antara Jepun dan Malaysia tapi jumlah percubaan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Bagaikan langit dan bumi. Malaysia hanya mampu membuat satu percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.
Kehebatan Jepun selaku pasukan nombor satu Asia terserlah pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka malam tadi. Meskipun hebat dilanda Taufan Roke, mereka bermain simple dan tersusun, mengawal bola dengan kemas, membuat hantaran tepat dan bijak mencipta peluang. Hasilnya mereka berjaya menyumbat 2 gol menerusi Keigo Higashi (m10) dan Ryohei Yamazaki (m77). Pengajaran yang berguna untuk skuad negara.
Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek, gawang Malaysia mungkin bocor lebih daripada 2 kali. Meskipun baru putus tunang dan dilanda kontroversi, ia tidak mengganggu Apek yang bermain cemerlang dalam kelasnya tersendiri.
Memang benar Harimau Muda tewas kerana kepantasan pemain-pemain Nippon, tetapi corak permainan kita agak mengecewakan. Taktik long ball yang mengharapkan Izzaq Faris seakan tidak menjadi dan merugikan. Selain itu, kawalan bola yang tidak kemas dan hantaran yang tidak tepat memudahkan Jepun mengawal permainan. Apa yang termampu bertahan seperti kubu A Famosa selama 45 minit.
Hanya pada separuh masa kedua barulah nampak anak-anak buah Ong Kim Swee berani menyerang. Kita ada wingers yang laju jadi tak perlu harapkan long ball. Turning point game ini apabila pemain Malaysia (mungkin Fandi Othman) gagal memanfaatkan satu-satunya peluang di depan gol. Sepatutnya pengalaman beraksi di Slovakia digunakan sepenuhnya dalam perlawanan ini.
Kekalahan ini tidak seharusnya mematahkan semangat para pemain dan penyokong setia Harimau Muda. Ada 5 perlawanan lagi yang menanti. Ong Kim Swee ada banyak masa untuk memperbaiki kelemahan pasukan sebelum perlawanan seterusnya menentang Syria di Kuala Lumpur pada 23 November. Demi Malaysia....oooooo....Demi Malaysia...oooooo.
~ruudvanirwan~

Speed vs steady
ReplyDelete