Nak makan mee udang yang lazat dengan udang-udang yang segar dan besar? Jom ke Warong Din Skot. Mee udang di sini antara yang terbaik dan cukup dikenali di Pulau Pinang. Selain itu, lokasinya yang strategik di tepi laut menghadap Georgetown menjadikan warong ini pilihan ramai. Sambil makan boleh hirup bayu nyaman Selat Melaka. Memang terbaek!
Warong ini telah wujud hampir 15 tahun lalu di kawasan yang dahulunya merupakan perkampungan nelayan. Mengikut sejarah, nama Din berasal daripada nama pemilik warong itu sendiri, Encik Saidin Kamis manakala Skot dipilih kerana beliau adalah seorang pesara tentera. Dari situlah lahirnya nama 'Din Skot'.
Warong Din Skot dibuka setiap hari kecuali Selasa dari jam 2.00 petang hingga 12 malam. Selain mee udang, terdapat juga koay teow, bihun, nasi goreng, satay dan ikan bakar.
Warong Din Skot
4111, Bagan Belat
Telok Air Tawar
Butterworth
Pulau Pinang
Bagaimana ke sana : Dari lebuhraya PLUS, exit di Sungai Dua atau Bertam dan terus ke Telok Air Tawar.
~ruudvanirwan~
No comments:
Post a Comment