Wednesday, 29 February 2012

Rudi, Rudy, Ruddy of World Football

Thomas Ruddy - Norwich City

Rudy Gestede - Cardiff City

Sebastian Rudy - TSG 1899 Hoffenheim

Rudi Völler - former German national team player and coach

Andrzej Rudy - former Polish footballer

Petter Rudi - former Norwegian footballer

Rudie Ramli - PKNS FC

Rudy Irwan - 02FC

~ruudvanirwan~

Tuesday, 28 February 2012

Nenek Zombie Bangkit Dari Keranda

Pose selamba Li Xiufeng di depan rumahnya.

Pantang maut sebelum ajal. Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.

sumber : mynewshub


~ruudvanirwan~

Monday, 27 February 2012

JAPEN FC Gegar Karnival WOW 2012

Sabtu lepas JAPEN FC masuk futsal tournament di Karnival WOW Putrajaya. Kami hantar 2 team, JAPEN FC A dan B. Team penulis, JAPEN FC A main di Presint 2 dan team B di Presint 18. Setiap team bayar RM10 jer so apedehal. Enjoy saje. Lagi best pakai jersi baru warna merah. Memang nampak garang.

Hari tu juga ada event Le Tour de Langkawi so agak meriah la Putrajaya. Sambil main futsal, shopping, bersiar-siar dan cuci mata dapatlah tengok Geng Seiring Jalan ni depan mata. Lokasi tournament kat tengah jalan depan Bahagian Pinjaman Perumahan. Agak sempoi jer setting dia pakai movable pitch so takde la sakit macam main street soccer atas jalan tar. Tapi bawah panas terik mentari merah di ufuk timur la. Memang rentung.

Ni adalah keputusan perlawanan:
Kumpulan : JAPEN FC A 1-1 Biasa FC
Kumpulan : JAPEN FC A 0-3 Kamikaze FC
Kumpulan : JAPEN FC A 4-1 MoF
Pusingan 2 : JAPEN FC A 1-2 Courtsoccer

Biarpun tewas di pusingan kedua, kami puas hati sebab dah cuba yang terbaik dan game pon banyak improvement. Untuk rekod, penulis berjaya menyumbat 5 gol termasuk 1 hattrick. Tu yang paling puas!

JAPEN FC A bergaya dengan jersi baru

3 pemain JAPEN FC A mengepung pemain Biasa FC

Penulis cuba meng-ole keeper tapi tak berjaya

Penulis dikawal ketat pertahanan Biasa FC

Ayam tambatan Kamikaze FC kecil-kecil cili api

Skil kepak naga

PIX : ERIC KVS

Kalau ada mana-mana team yang nak friendly dgn JAPEN FC, contact penulis di FB, Twitter atau blog. Kami sahut cabaran anda!


~ruudvanirwan~

The Goal That Never Was

Goal-line technology has to come in sooner rather than later...

26 February 2012 : Sulley Muntari vs Juventus

27 June 2010 : Frank Lampard vs Germany

4 January 2005 : Pedro Mendes vs Manchester United


~ruudvanirwan~

Sunday, 26 February 2012

Carling Cup 2012 In Pictures

Liverpool 2 - Skrtel 60', Kuyt 108'
Cardiff 2 - Mason 19', Turner 118'
(Liverpool won 3-2 on penalties)

Small Cup? No problem. We won it 8 times already.

19' : Liverpool 0-1 Cardiff (thesun.co.uk)

60' : Liverpool 1-1 Cardiff (bbc.co.uk)

108' : Liverpool 2-1 Cardiff (dailymail.co.uk)

118' : Liverpool 2-2 Cardiff (dailymail.co.uk)

First penalty (dailymail.co.uk)

Last penalty (thesun.co.uk)

We won! (whoateallthepies.tv)

"Don't cry cuzzy" (walesonline.co.uk)

Clarke, Dalglish & Keen (telegraph.co.uk)

We are the Champions for the record 8th time!
(sportsencounter.com)


~ruudvanirwan~

Thursday, 23 February 2012

Festival Peperangan Pasola Yang Mendebarkan

Siapa tak kenal watak antagonis Menteri Pasola lakonan Hussein Abu Hassan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee. Di Indonesia juga ada Pasolanya sendiri iaitu Festival Pasola yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Pulau Sumba, Provinsi Nusa Tenggara Timur. Dahulu dikenali sebagai Pulau Cendana, Sumba merupakan daerah yang terkenal kerana melahirkan penunggang kuda terbaik di Nusantara. Kudanya juga agak berbeza kerana 'perkahwinan campur' kuda tempatan dan kuda Arab yang menjadikannya lebih besar.

2 kumpulan berkuda sedia bertarung. - Reuters

Pasola berasal dari perkataan "sola" atau "hola" yang bermaksud sejenis lembing kayu. Apabila ditambah imbuhan "pa" (pa-sola, pa-hola) maksudnya menjadi permainan. Oleh itu, pasola atau pahola bererti permainan peperangan menggunakan senjata lembing kayu antara dua kumpulan berkuda. Ia merupakan sebahagian daripada upacara tradisional masyarakat Sumba yang masih menganut agama asli mereka iaitu Marapu ketika musim menuai.

Pertarungan yang biasa 'makan darah'. - catatanwarungkopi.blogspot.com

Meskipun sering mengorbankan nyawa, namun festival ini tetap diadakan setiap tahun. Acara Pasola biasanya berlangsung antara bulan Februari - Mac selama 1 atau 2 hari sahaja selama 2 hingga 3 jam. Sebelum Pasola dimulakan, pada pagi hari berkenaan mereka akan mengikuti ritual yang dipanggil adat nyale di pantai.

Adat nyale di tepi pantai. - catatanwarungkopi.blogspot.com

Permainan Pasola diadakan di 4 kampung Kabupaten Sumba Barat iaitu Kodi, Lamboya Wonokaka dan Gaura mengikut giliran. Walaupun lokasi Pasola agak jauh dari kampung, orang ramai pasti 'turun padang' bersama kaum keluarga untuk menonton permainan peperangan turun-temurun itu. Festival Pasola bukan sahaja menarik minat pengunjung tempatan malah antarabangsa.

Penunggang kuda berbakat. - pareraz.blogspot.com


~ruudvanirwan~

Pakai Sarong Dalam Keretapi. Ada Berani?


Anda mungkin pernah dengar atau lihat flashmob No Pants Subway Ride pada 2009 yang mengumpulkan seramai 1,200 penduduk New York untuk menaiki keretapi tanpa memakai seluar, hanya seluar dalam. Kini konsep yang hampir sama dibawa ke Malaysia namun dengan cara yang lebih sesuai dengan budaya Timur - memakai kain sarong!

Event yang dikenali sebagai Keretapi Sarong ini akan diadakan pada 25 Februari (Sabtu) bertempat di KL Sentral. Ia dianjurkan oleh Random Alphabets (RA) menggunakan slogan "Every sarong has a story. What's yours?" yang bertujuan menggalakkan orang ramai berkomunikasi dalam cara yang berbeza. Dijangka beratus-ratus warga kota akan menaiki LRT/ERL/Komuter/Monorel memakai kain sarong berwarna-warni.

Panduan untuk sesiapa yang nak join event ni:

1. Memakai Kain Sarong, Kain Batik, Kain Pelikat atau apa saja kain seangkatan dengannya.
2. Memegang sekeping kertas A4 yang tertulis cerita mengenai anda dan kain sarong pada hari berkenaan. Sebelum itu, ambil gambar anda dan emelkan ke KeretapiSarong@RandomAlphabets.com. Gambar itu akan diupload ke website dan FB RandomAlphabets.
3. Event akan berlangsung antara jam 4 petang - 6 petang dan lokasi perjumpaan adalah di KFC KL Sentral.

Dah bersedia untuk Keretapi Sarong?

~ruudvanirwan~