Wednesday 7 March 2012

Ikan Duyung Terdampar di KL!

Warga kota hari ini digemparkan dengan penemuan 4 ekor ikan duyung berwarna perak yang ditemui terdampar di atas jala ikan di Jalan Bukit Bintang. Kemunculan mereka entah dari mana menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat makhluk penuh misteri itu yang hanya dikenali melalui kisah-kisah dongeng.

Trafik juga sesak apabila para pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu. Peliknya, ikan-ikan duyung tersebut turut membawa bersama kepingan kad tertulis "Try to Relate to Who Is on Your Plate" dan "Cuba Selami Mereka yang di Pinggan anda".

pix : Malaysian Insider

Sebenarnya keempat-empat ekor ikan duyung itu adalah aktivis Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia yang mengadakan demonstrasi bagi menggesa orang ramai supaya tidak memakan ikan.

Pengurus kempen tersebut, Claire Fryer, menegaskan bahawa ikan juga merasai kesakitan seperti haiwan lain dan ia adalah tugas masyarakat untuk berhenti memakan haiwan dan mengamalkan gaya hidup vegetarian.


PETA yang memperjuangkan hak asasi haiwan di seluruh dunia sememangnya terkenal dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencegah penganiayaan dan pembunuhan haiwan.

Anda pilih ikan atau sayur? Tepuk dada tanya selera.


sumber : Malaysian Insider

2 comments: