Friday 13 January 2012

Persamaan Tan Sri Ismail, Henry & Scholes

Apakah persamaan Tan Sri Ismail Adam, Paul Scholes dan Thierry Henry? Jawapannya mudah - ketiga-tiga individu hebat ini dipanggil semula oleh pasukan lama mereka untuk menyumbang idea, kemahiran, pengalaman dan tenaga bagi menangani kelemahan dan kepincangan dalam pasukan masing-masing.

Jika Henry kembali semula ke Arsenal untuk mengurangkan beban Robin Van Persie dan Scholes beraksi semula di Old Trafford untuk menjentik kreativiti dalam midfield MU, Tan Sri Ismail pula dilantik untuk mengetuai Pasukan Petugas bagi menyemak semula SBPA. (sumber : the star)

Meskipun mereka berada dalam 'dunia' yang berbeza, ternyata ia satu tamparan dan cabaran kepada pasukan sedia ada yang mungkin dilihat 'tidak mampu' menggalas tanggungjawab sebaik mungkin.

Kepulangan 'old boys' ini sangat ditagih oleh pasukan masing-masing yang dihimpit dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran. Walaupun ramai successors dan muka baru, namun orang-orang lama ini juga yang dicari kerana kredibiliti dan pencapaian cemerlang mereka. Desperado adalah satu perkataan kejam tetapi sampai bila mahu mengharapkan 'talian hayat' orang-orang lama?

Tan Sri Ismail Adam

Thierry Henry

Paul Scholes


~ruudvanirwan~

No comments:

Post a Comment