Monday, 9 January 2012

901 Bersama Baby K-Pop

9 Januari 2012 - Satu tarikh yang cukup bersejarah bagi penulis. Bukan kerana perhimpunan 901 atau keputusan perbicaraan kes DSAI di Mahkamah Jalan Duta. Sebaliknya hari ni penulis menjadi baby-sitter sepenuh masa kepada puteri kedua, Nurfatini Irwan@Cimontel@Baby K-Pop yang menjengah usia 9 bulan.

Memandangkan neneknya agak sibuk menyediakan 650 nasi bungkus untuk anggota PDRM yang bertugas untuk perhimpunan 901 dan umminya pula mencari rezeki di CSC, maka tiada insan lain yang layak menjaga Baby K-Pop selain ayahnya sendiri.

Mula-mula agak nervous sebab dah lama tak jaga baby secara solo. Kali terakhir pon kira-kira 5 tahun dulu masa jaga puteri sulung, Nurfatihah Irwan@Cikontel. Kesimpulannya, Baby K-Pop sangat behave dengan ayahnya walaupun agak lasak dan restless. Yang penting dia tidak merengek seperti bersama umminya.

Lepas breakfast terus lena.

Baru bangun, mata besar. It's play time!

Lepas lunch sambung tidur.

Lunch untuk ayah - Asam Pedas Mak Usu Sri Gombak.


~ruudvanirwan~

1 comment: