Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Itulah yang berlaku ketika pertemuan Liverpool dengan Spurs tempoh hari. Belum pun sempat penyokong setia The Reds melihat kelibat Luis Suarez selepas digantung 8 perlawanan, mereka terlebih dahulu 'dihiburkan' dengan aksi selamba seekor kucing 'menceroboh' padang Anfield. Insiden yang berlaku pada minit ke-11 menyaksikan sang Anfield Cat itu berlegar-legar di atas padang sebelum dibawa keluar oleh steward.
Kucing itu dikatakan mirip Moglet iaitu kucing jalanan yang menjadi maskot tidak rasmi kelab tersebut pada zaman 80-an dan pernah menghiasi muka depan match programme musim 1982-83 bersama Milk Cup. Malah ada yang mendakwa ia adalah 'saudara jauh' Moglet.
Moglet 80s
Sam 2012
Hanya dalam beberapa minit, kucing tersebut menjadi sensasi di Internet setelah munculnya beberapa akaun Twitter yang didedikasikan kepadanya. Antaranya @anfieldcat yang mendakwa sebagai Twitter rasmi kucing itu. Percaya atau tidak, ia sudah mempunyai lebih 40,000 pengikut di Twitter!
Sebelum ini seekor kucing hitam pernah muncul di padang Anfield pada 22 Ogos 1964 ketika perlawanan Liverpool dengan Arsenal yang julung kali disiarkan dalam program "Match of the Day" untuk BBC TV. Kehadiran kucing itu seakan membawa tuah apabila Liverpool memenangi perlawanan tersebut 3-2 dan merangkul FA Cup di penghujung musim. Apakah perkara sama akan berlaku pada musim ini?

pix : Liverpool Echo
pix : heroes-together
Kemunculan kucing-kucing tersebut membuktikan Anfield yang cukup bersejarah itu bukan sahaja disukai dan disenangi manusia, malah haiwan-haiwan yang comel.
~ruudvanirwan~
No comments:
Post a Comment