Monday 9 January 2012

Kalaulah Aku Student Mass Comm UiTM...

Dulu penulis pernah alami 'kejutan budaya' atau 'culture shock' di UIA. Tapi taklah seteruk students kita di UK atau US. Sebagai budak Kay Ell dan St. John's, sememangnya sukar sesuaikan diri dengan life UIA yang agak 'berbeza'. Jiwa ini selalu meronta-ronta ingin keluar dari UIA. Apatahlagi melihat suasana di uni-uni lain yang lebih 'happening' dan 'open'.

Setelah mendapat info yang secukupnya, penulis tekad nak apply course Mass Comm yang sangat glamorous di UiTM berbekalkan 'kelulusan' Matrik UIA. Dengan bantuan seorang rakan perempuan yang mengaji di UiTM, penulis memecut pantas ke Shah Alam. Kebetulan hari itu merupakan hari pertama semester baru maka berduyunlah warga UiTM turun mendaftar kelas masing-masing. Sempatlah cuci mata dan bertegur sapa dengan kawan-kawan lama masa sekolah. Suasananya memang happening!

Selepas menemani rakan penulis itu ke fakultinya, kami terus ke Menara SAAS yang sememangnya terkenal sebagai Fakulti Mass Comm dengan harapan kelulusan Matrik UIA ni laku di UiTM. Bermacam-macam perasaan ada masa tu. Dipendekkan cerita, penulis hanya diberi 2 pilihan iaitu sambung Diploma Mass Comm atau masuk ke Matrik UiTM. Punah harapan! Buang masa je kalau amik offer tu. Maka berkuburlah impian nak 'lari' dari UIA dan jadi warga UiTM. Sampai sekarang pun penulis masih bayangkan - kalaulah aku jadi student Mass Comm UiTM....

Penulis bersama students Mass Comm UiTM.
(Credit : Lecturer Hafidz Abdul Rahman)


~ruudvanirwan~

5 comments:

  1. matrik uia ada keluarkan sijil ke?

    ReplyDelete
  2. Takpa, ko bertemankan Tok Wali pon dah kira ok daaa....

    ReplyDelete
  3. saya pulak masa apply dulu target UPM or USM. UITM memang takmau..tp last2 dpt uitm...oklah, jumpa kos publishing yg menjadi kecintaan....skrg, uitm di hatiku!!!

    ReplyDelete
  4. Zety kat dalam gambar ni sbg student ker sbg lecturer...Sbg Student zaman aku, pokjak dgn wali, kalau lecturer zaman Asif...

    ReplyDelete