Larian yang dinamakan Strongman Run itu melibatkan jarak sejauh 16 kilometer.
Selain berlari, para peserta perlu merentasi beberapa halangan termasuk padang lumpur sebelum tiba di garisan penamat.
sumber : Kosmo
Larian yang dinamakan Strongman Run itu melibatkan jarak sejauh 16 kilometer.
Selain berlari, para peserta perlu merentasi beberapa halangan termasuk padang lumpur sebelum tiba di garisan penamat.
sumber : Kosmo
Berasal dari idea inilah, Panasonic dan Fujitsu menghasilkan produk telefon tahan air dan anti debu.
“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak tahan air. Sekitar 90 hingga 95 peratus dari semua telefon bimbit yang dijual bersifat kalis air,” kata Eksekutif Panasonic, Taro Itakura, kepada AFP, Rabu (29/2).
Wanita Jepun kata beliau, sangat unik dan lebih suka menggunakan telefon termasuk saat mereka mandi.
Panasonic mula mencari cara kembali ke pasaran Eropah setelah menarik diri pada 2005 dan menumpukan pada jualan domestik.
Belum diketahui apakah Eropah menyukai produk Jepun ini, tetapi Itakura berharap masyarakat Eropah bersedia untuk menggunakannya ketika hari hujan.
Menurut salah satu pemasar Panasonic, Florian Sohn, satu pertiga daripada kerosakan telefon bimbit juga adalah kerana air.
Fujitsu, yang mempunyai seperlima pasaran smartphone Jepun juga memasarkan produk telefon tahan airnya.
“Telefon menemani kita 24 jam sehari, dan selalu bersama hingga ke bilik mandi,” kata Naib Presiden Fujitsu, Nobuo Ohtani.
Selain telefon tahan air, telefon ini juga tahan walaupun jatuh berulang kali.
Teknologi yang dibenamkan di dalamnya termasuk sensor yang meningkatkan atau menurunkan tahap suara panggilan, bahkan dapat melambatkan percakapan atau perbincangan jika pemanggil bercakap terlalu cepat.
sumber : mynewshub.my
KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar lama menunjukkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir di laman sosial kelmarin.
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan semalam berkata laporan polis terhadap perbuatan tidak bertanggung jawab itu dibuat di balai polis Ampang Jaya pada jam 6.30 petang.
“Kami tidak ada pilihan lain, kami terpaksa melaporkan perkara itu kepada polis kerana ia amat serius,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan keadaan panik yang tidak sepatutnya apabila penulis yang menyiarkan gambar berkenaan berbohong dengan mendakwa kejadian itu berlaku semalam.
“Talian hotline kami dihujani panggilan telefon daripada orang ramai dan pejabat komunikasi korporat kami menerima panggilan dari pihak media bertanya mengenai kejadian yang dikatakan itu,” katanya.
Shahril berkata beliau turut mendapat banyak panggilan daripada rakannya bertanya mengenai kejadian itu yang turut menimbulkan suasana panik di kalangan penumpang.
“Saya difahamkan terdapat penumpang yang biasa menggunakan komuter memutuskan untuk menggunakan alternatif lain untuk pulang ke rumah apabila mendengar khabar angin itu,” katanya. - Harian Metro
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran “WWW’. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud “World Wide Web”,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.
Katanya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.
Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran “WWW” bukansahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadapnombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
“Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan “MCA 1″ yang dijual dengan harga RM300,100.
“Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Pada tahun lepas lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya” jelas beliau. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.
Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my – BERNAMA
Rudi Völler - former German national team player and coach
Andrzej Rudy - former Polish footballer
Petter Rudi - former Norwegian footballer
~ruudvanirwan~
Pantang maut sebelum ajal. Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.
Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.
Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.
Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.
Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.
Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.
“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.
Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.
Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.
“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.
Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.
“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.
Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.
sumber : mynewshub
~ruudvanirwan~
As she describes in her blog, the woman -- a dedicated fan of Red Bull and F1 champ Sebastian Vettel -- says the project may still require tweaking, and she's not particularly happy with how the new nose came out. Working from a frame built before the RB8 was revealed, she finished the car based on photos and videos from the car's official introduction earlier this month. In addition to its detailed graphics and faithful reproduction of the aerodynamic bits, the car can fold up into thirds when not being used to speed Yoshi around on the Wii.