Wednesday, 24 August 2011

First Entry : You'll Never Blog Alone

"Kak Aishah Omar yang 'lejen' pon dah ada blog. Serius gua tercabar ni." Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulut penulis selepas membaca status FB Kak Aishah, sahabat baik di Jabatan Penerangan yang membuat pengakuan berani bahawa dia dah ada blog sendiri. Dari situ penulis terus bertekad nak blogging secara serius tanpa menoleh ke belakang lagi. There's no turning back Jose! Gua nak redah je.

First entry ni agak manis sebab dihasilkan selepas menyaksikan team favourite penulis, Liverpool FC membenam Exeter City 3-1 dalam pusingan kedua Carling Cup sambil bersahur bersama isteri terchenta, Feezah Yusof. Sebelum tu penulis sempat berhibernasi selama beberapa jam supaya tak terbabas bersahur & tengok game.

Scarf LFC Lucky Draw & Teh O pemanas badan

Penulis mula meminati Liverpool FC sejak lewat 80-an hasil pendedahan yang diberikan oleh pakcik-pakcik penulis yang sememangnya penyokong tegar The Reds. Game yang paling memorable ialah final FA Cup 1989 di mana Liverpool membenam jiran dan musuh tradisi Everton 3-2. Kini penulis perturunkan pula semangat The Kop kepada anak-anak supaya tiada yang menjadi penyokong Man Utd, Arsenal, Chelsea atau Man City. Hehe.

Nurfatini Irwan pon tengok bola dgn ayah


~ruudvanirwan
~


5 comments: