Menurut sumber penulis, mereka berkenalan sewaktu Lenggong membantu Huda yang mengalami kerosakan kereta. Lenggong yang terkenal dengan sifat gentlemannya telah sudi menumpangkan Huda. Ketika itulah Huda bertanya tentang pekerjaan Lenggong dan ia dibalas secara bersahaja oleh jejaka itu yang terkenal dengan sifat kelakarnya.
Bagaikan artis, mereka bijak 'menyembunyikan' kisah cinta sehingga tidak dapat dihidu pihak keluarga, rakan dan media. Kehebatan Percintaan Jarak Jauh (PJJ) mereka 'membelah' Laut China Selatan kerana Lenggong bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia di Sabah manakala Huda di salah sebuah Kem PLKN di Semenanjung.
Lenggong adalah rakan penulis sewaktu 'mengaji' di UIAM dari tahun 1997-2003. Dia mempunyai karakter yang amat unik dan gila-gila yang menjadikannya salah satu 'ikon' di kampus. Selain itu, dia juga gemar mencetuskan provokasi sehingga pernah menyebabkan penulis gagal menyempurnakan tendangan penalti!
Namun itu cerita lama. Sebagai rakan, penulis tumpang gembira jejaka yang menjadi 'rebutan' gadis-gadis Malaya akhirnya bertemu jodoh. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
~ruudvanirwan~