Monday 12 March 2012

Strongman Run : Keriangan Dalam Lumpur

Ini lagi satu aktiviti happening untuk ekstremis sukan lasak. Baru-baru ni, seramai 4,055 orang peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam satu acara larian lasak di Thun, Switzerland.

Larian yang dinamakan Strongman Run itu melibatkan jarak sejauh 16 kilometer.

Selain berlari, para peserta perlu merentasi beberapa halangan termasuk padang lumpur sebelum tiba di garisan penamat.

sumber : Kosmo

Wednesday 7 March 2012

Ikan Duyung Terdampar di KL!

Warga kota hari ini digemparkan dengan penemuan 4 ekor ikan duyung berwarna perak yang ditemui terdampar di atas jala ikan di Jalan Bukit Bintang. Kemunculan mereka entah dari mana menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat makhluk penuh misteri itu yang hanya dikenali melalui kisah-kisah dongeng.

Trafik juga sesak apabila para pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu. Peliknya, ikan-ikan duyung tersebut turut membawa bersama kepingan kad tertulis "Try to Relate to Who Is on Your Plate" dan "Cuba Selami Mereka yang di Pinggan anda".

pix : Malaysian Insider

Sebenarnya keempat-empat ekor ikan duyung itu adalah aktivis Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia yang mengadakan demonstrasi bagi menggesa orang ramai supaya tidak memakan ikan.

Pengurus kempen tersebut, Claire Fryer, menegaskan bahawa ikan juga merasai kesakitan seperti haiwan lain dan ia adalah tugas masyarakat untuk berhenti memakan haiwan dan mengamalkan gaya hidup vegetarian.


PETA yang memperjuangkan hak asasi haiwan di seluruh dunia sememangnya terkenal dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencegah penganiayaan dan pembunuhan haiwan.

Anda pilih ikan atau sayur? Tepuk dada tanya selera.


sumber : Malaysian Insider

Friday 2 March 2012

Wanita Jepun Suka Guna Telefon Masa Mandi

Percaya atau tidak, wanita Jepun begitu menyukai telefon, sampai mereka terlalu kerap menggunakannya di bilik mandi.

Berasal dari idea inilah, Panasonic dan Fujitsu menghasilkan produk telefon tahan air dan anti debu.

“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak tahan air. Sekitar 90 hingga 95 peratus dari semua telefon bimbit yang dijual bersifat kalis air,” kata Eksekutif Panasonic, Taro Itakura, kepada AFP, Rabu (29/2).

Wanita Jepun kata beliau, sangat unik dan lebih suka menggunakan telefon termasuk saat mereka mandi.

Panasonic mula mencari cara kembali ke pasaran Eropah setelah menarik diri pada 2005 dan menumpukan pada jualan domestik.

Belum diketahui apakah Eropah menyukai produk Jepun ini, tetapi Itakura berharap masyarakat Eropah bersedia untuk menggunakannya ketika hari hujan.

Menurut salah satu pemasar Panasonic, Florian Sohn, satu pertiga daripada kerosakan telefon bimbit juga adalah kerana air.

Fujitsu, yang mempunyai seperlima pasaran smartphone Jepun juga memasarkan produk telefon tahan airnya.

“Telefon menemani kita 24 jam sehari, dan selalu bersama hingga ke bilik mandi,” kata Naib Presiden Fujitsu, Nobuo Ohtani.

Selain telefon tahan air, telefon ini juga tahan walaupun jatuh berulang kali.

Teknologi yang dibenamkan di dalamnya termasuk sensor yang meningkatkan atau menurunkan tahap suara panggilan, bahkan dapat melambatkan percakapan atau perbincangan jika pemanggil bercakap terlalu cepat.

sumber : mynewshub.my

Thursday 1 March 2012

Assmaah Helal, Tudung & Bolasepak


Gadis manis ini bernama Assmaah Helal, seorang pemain bolasepak University of NSW di Super League Australia. Berketurunan Mesir, Asmaah bercita-cita tinggi untuk menyarung jersi pasukan bolasepak Australia - The Matildas suatu hari nanti. Namun impiannya untuk beraksi di peringkat antarabangsa mungkin tidak kesampaian kerana larangan bertudung oleh FIFA kepada pemain bolasepak wanita beragama Islam atas faktor keselamatan.

Itulah yang menjadi dilema kepada pemain-pemain bolasepak wanita beragama Islam di Australia dan negara-negara lain yang ingin beraksi di peringkat antarabangsa. Selagi larangan itu tidak dimansuhkan, aksi Asmaah dan pemain-pemain lain hanya terbatas di peringkat domestik saja.

Malak Farhat & Zeinab Farhat dari pasukan Lakembaroos, Australia

Sebelum ini, pasukan bolasepak Iran dan pemain Jordan turut menjadi 'mangsa' larangan tersebut.

Pasukan bolasepak wanita Iran


Sydney - Assmaah Helal has broken barriers to reach football’s elite, but a controversial FIFA ban on Muslim women playing in the hijab means she may never realize her dream of wearing the Australian jersey.

Helal, 25, was introduced to football by her Egyptian-born father when she was just five, and she was determined not to let gender keep her from joining her three brothers on the pitch.

It was no easy task. Members of her Muslim community in western Sydney frowned on the idea of girls playing sport at all, much less a rough and tumble game which was, at that time, still very much a male domain.

“I used to just get told I was a tomboy. In my culture, to play with the guys and to mix with guys was seen as not appropriate,” Helal said.

She now plays in the Super League, one step below the nation’s premier W-League for women, and says representing Australia with the Matildas would be her ultimate dream.

more

* Terima kasih kepada sahabat penulis, Iwan Shahril yang tweet pasal Assmaah Helal.

Tren Tergelincir Gambar Lama


Beberapa hari lepas, gambar di atas tersebar di laman sosial sehingga menyebabkan ramai yang panik. Kejadian itu seolah-olah baru berlaku dan menimbulkan tanda-tanya samada gambar tulen atau palsu. Ia memang tulen tapi sebenarnya gambar lama (mungkin sekitar tahun 2006) yang dimuat naik oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Syarikat Prasarana Negara Berhad pun dah buat laporan polis.

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar lama menunjukkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir di laman sosial kelmarin.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan semalam berkata laporan polis terhadap perbuatan tidak bertanggung jawab itu dibuat di balai polis Ampang Jaya pada jam 6.30 petang.


“Kami tidak ada pilihan lain, kami terpaksa melaporkan perkara itu kepada polis kerana ia amat serius,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan keadaan panik yang tidak sepatutnya apabila penulis yang menyiarkan gambar berkenaan berbohong dengan mendakwa kejadian itu berlaku semalam.


“Talian hotline kami dihujani panggilan telefon daripada orang ramai dan pejabat komunikasi korporat kami menerima panggilan dari pihak media bertanya mengenai kejadian yang dikatakan itu,” katanya.


Shahril berkata beliau turut mendapat banyak panggilan daripada rakannya bertanya mengenai kejadian itu yang turut menimbulkan suasana panik di kalangan penumpang.

“Saya difahamkan terdapat penumpang yang biasa menggunakan komuter memutuskan untuk menggunakan alternatif lain untuk pulang ke rumah apabila mendengar khabar angin itu,” katanya. - Harian Metro