Thursday 29 September 2011

Preview Merseyside Derby ke-216

Siaran Langsung
1 Oktober 2011 (Sabtu)
7.40 malam. Astro ESPN 812.

Goodison Park bakal bergegar lagi untuk pertembungan Merseyside Derby ke-216 esok. Kehangatannya sukar ditandingi local derby lain samada Manchester Derby, London Derby, Birmingham Derby atau Old Firm Derby. Permusuhan dua pasukan berjiran, Everton dan Liverpool ini sering mencuri tumpuan kerana aksi yang pantas, bertenaga dan panas. Sejak 1999 - 2011, sebanyak 18 kad merah telah dilayangkan kepada kedua-dua pasukan dalam 26 perlawanan. Dua pemain terakhir yang menerima kad merah tiada lagi dalam pasukan iaitu Sotirios Kyrgiakos dan Steven Pienaar.


Perlawanan ini membawa nostalgia yang tersendiri kepada pengurus Liverpool, Kenny Dalglish. Kali terakhir Daglish berkunjung ke Goodison Park adalah 20 tahun lalu ketika mengemudi Liverpool dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA tahun 1991. Ketika itu, pasukannya mendahului Everton sebanyak 4 kali sebelum dipaksa seri 4-4. Namun 2 hari kemudian, Dalglish membuat kejutan dengan meletakkan jawatannya sebagai pengurus Liverpool.

Liverpool kini berada di tangga kelima liga dengan mengumpul 10 mata (3-1-2) daripada 6 perlawanan. Dalam pertemuan esok, Dalglish bakal menurunkan barisan terkuatnya kecuali Johnson yang cedera manakala Agger mengintai peluang untuk bermain selepas pulih dari kecederaan. Kuyt yang mempunyai rekod baik ketika menentang Everton mungkin menjadi pilihan berbanding Henderson. Manakala Carroll atau Bellamy akan bergandingan dengan Suarez. Bagaimanapun kapten Gerrard dijangka berada di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya.

Barisan Pilihan:
Reina
Kelly - Carragher - Agger/Skrtel - Enrique
Kuyt - Lucas - Adam - Downing
Suarez - Bellamy

Fakta Nombor:
216 - Pertembungan Merseyside Derby sejak 1894
85
- Jumlah kemenangan Liverpool

66 - Jumlah kemenangan Everton
64
- Keputusan seri antara kedua pasukan

295
- Jumlah gol yang dijaringkan Liverpool

249
- Jumlah gol yang dijaringkan Everton
18 - Jumlah kad merah

5
- Jumlah gol yang masing-masing dijaringkan Dirk Kuyt dan Tim Cahill
2 - Jumlah gol yang masing-masing dijaringkan oleh kedua pasukan pada pertemuan kali terakhir pada 16 Januari 2011


Rekod Pertemuan:
2010/2011

Premier League @ 16 Jan 2011

Liverpool 2 - 2 Everton

Premier League @ 17 Oct 2011

Everton 2 - 0 Liverpool


2009/2010

Premier League @ 6 Feb 2010
Liverpool 1 - 0 Everton

Premier League @ 29 Nov 2010

Everton 0 - 2 Liverpool


2008/2009

FA Cup @ 4 Feb 2009

Everton 1 - 0 Liverpool

FA Cup @ 25 Jan 2009

Liverpool 1 - 1 Everton

Premier League @ 19 Jan 2009

Liverpool 1 - 1 Everton
Premier League @ 27 Sept 2008

Everton 0 - 2 Liverpool

Bill Shankly : 30 Tahun Berlalu

BILL SHANKLY
(2.9.1913 - 29.9.1981)

"In my time at Anfield we always said we had the best two teams on Merseyside,
Liverpool and Liverpool Reserves"


Hari ini genap 30 tahun pemergian William "Bill" Shankly atau Bill Shankly, bekas pengurus Liverpool antara 1959 dan 1974. Meskipun 3 dekad telah berlalu, nama Shankly yang lahir di Glenbuck, East Ayrshire, Scotland masih meniti di bibir peminat kerana dianggap sebagai bapa revolusi kelab Merseyside itu.

Shankly Gates dinamakan sempena nama Bill Shankly

Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool pada Disember 1959 ketika pasukan itu terperosok di tangga tercorot Divisyen Dua. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, beliau memimpin Liverpool menjadi salah satu pasukan ternama di Eropah dengan merangkul 3 kejuaraan liga, 2 Piala FA dan 1 Piala UEFA. Antara pemain yang dibeli adalah Kevin Keegan, Emlyn Hughes, Steve Heighway, John Toshack dan Ray Clemence. Apa yang pasti, tiada pengurus lain di dunia yang mampu menandingi Shankly membawa sebuah pasukan dari Divisyen 2 menjadi kuasa besar bolasepak Eropah!

Shankly bersama piala-piala yang dimenanginya

Selepas Liverpool menjuarai Piala FA pada tahun 1974, Shankly membuat kejutan apabila meletakkan jawatannya sebagai pengurus pasukan itu. Tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool menjadi alasan untuk beliau mengakhiri 'zaman pemerintahannya'.

Shankly juga sinonim dengan pasukan "Boot Room", satu tradisi baru yang dimulakannya di Anfield. Kumpulan ini akan berjumpa dan berbincang di dalam bilik yang terletak di bawah Main Stand di Anfield yang digunakan untuk menyimpan but dan pakaian pemain-pemain bola. Mereka membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Tradisi "Boot Room"

Antara perubahan yang dibawa oleh Shankly dan pasukan "Boot Room" termasuk menjadikan pusat latihan di Melwood serba moden dan lengkap. Selain itu, permainan 5-sebelah turut diperkenalkan untuk menyemai falsafah permainan Liverpool - pass and move, keep it simple. Pemain juga akan melapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas latihan akan pulang semula ke Anfield dengan bas.

Di samping itu, pemain-pemain akan makan bersama dan makanan dikawal. Shankly juga memastikan para pemain membuat warm down dengan betul untuk mengelakkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan Shankly terbukti apabila Liverpool muncul juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain!

Kini semangat "Boot Room" dan falsafah pass and move, keep it simple cuba diterapkan oleh Kenny Dalglish kepada para pemain Liverpool. Inilah masanya untuk mengembalikan kegemilangan The Reds sebagai kuasa besar bolasepak dunia. You'll Never Walk Alone!

Pencapaian

Divisyen 1
Juara: 1963–64, 1965–66, 1972–73

Divisyen 2
Juara: 1961–62

Piala FA
Juara: 1965, 1974

Piala UEFA
Juara: 1973

Sumbangsih
Juara: 1966, 1974
Kongsi: 1964, 1965

1973 Pengurus Terbaik Tahunan Inggeris


~ruudvanirwan~

Wednesday 28 September 2011

Socceroos vs Harimau Malaya

For the first time in nearly 20 years...

International Friendly

SOCCEROOS vs HARIMAU MALAYA

7 October 2001 (Friday)
Canberra Stadium, Australia
8.00 pm (Australian time)
6.00 pm (Malaysian time)

Head Coach : Holger Osieck
Fifa Ranking : 19

Head Coach : Datuk K Rajagopal
FIFA Ranking : 146

~ruudvanirwan~

We Are The Champions!

Zaman sekolah dulu penulis aktif main bolasepak tapi tak pernah jadi juara. Paling kuat pun tempat ketiga pertandingan bolasepak antara kelas tahun 1994. Penulis jadi striker untuk kelas 3T, team 'underdogs' yang rata-ratanya dibarisi budak2 skema (ramai dapat 8A dan masuk asrama kecuali penulis). Masa tu Ryan Giggs baru naik lepas Lee Sharpe injured. Sesuai la dgn nama glamer penulis - Ryan Rudy Giggs. Sampai sekarang pun Giggs main lagi!

Anyway, rezeki untuk jadi juara mungkin belum sampai lagi masa tu. Telan air liur aje la. Apa pun, Tuhan Maha Adil. Sejak masuk UIA sampai sekarang dapatlah merasa jadi juara bolasepak/futsal/street soccer. Memang lain 'feel' champion ni. Puassss! Bukan tu saja. Bila kita dah achieve something, it keeps us together. Teammates jadi lebih rapat kira macam blood brothers lah.

LSCM - Juara Futsal 4 Penjuru Merseyside Derby

LSCM - Juara Bolasepak 7 sebelah EPL Asia Tour

Keeper bidang terjun SJI96 FC

SJI96 FC - Juara SJAA Inter-Batch Futsal

Kosmo! FC - Juara Futsal Kelab Peminat M. Nasir


~ruudvanirwan~

Tuesday 27 September 2011

Kaboom @ Empire Gallery!

A view of Empire Gallery Subang after an explosion
early this morning. — Picture by Choo Choy May

Hold on! It's not a terrorist attack on our soil but an explosion at the Empire Gallery this morning. Just like in the movies. Scary huh?

SUBANG JAYA, Sept 28 — Four people were hurt in an early morning explosion at the Empire Gallery shopping mall here, which was heard from as far away as Bangsar.
Eyewitnesses described a scene of chaos, adding that police, ambulances and the fire brigade were still on the scene.

Police tracker dogs were also there as were Fire and Rescue Department personnel from stations across Subang Jaya, Shah Alam, Damansara and Puchong to investigate the incident.

Subang Jaya OCPD ACP Zainal Rashid Abu Bakar told reporters at the scene that the blast was believed to have started in the basement and involved a gas pipeline.

Read more


~ruudvanirwan~


'Free Show' Untuk Platini

Googlepic

Macam-macam jenis kegilaan kat atas muka bumi ni. Hanya kerana tak puas hati, sekumpulan wanita sanggup dedahkan 'aset' mereka untuk sambut lagenda bolasepak Perancis dan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini. Sape tak suka 'free show' kan?

KIEV - Polis menangkap beberapa aktivis wanita Ukraine kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, di sini.

Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.

Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.

"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.

Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. - AFP via Kosmo!


~ruudvanirwan~

Monday 26 September 2011

Budak Ketagih Mentol

Natalie Hayhurst - Googlepic

Bagi mereka yang ada anak kecil, rajin-rajinlah tengok apa yang dikunyahnya. Mana tahu tabiat makannya agak pelik dan aneh macam kanak-kanak ni. Tak seperti kanak-kanak lain, Natalie Hayhurst mempunyai ketagihan untuk memakan benda-benda yang merbahaya termasuk mentol lampu! Punyalah banyak makanan kat dunia ni, mentol juga jadi pilihan. Eksotik sungguh selera budak ni.

Natalie berhadapan dengan risiko berpanjangan meracuni dirinya kerana satu keadaan yang jarang berlaku yang mengakibatkan ketagihan kepada benda-benda yang tak sesuai dimakan.
Pada Februari lalu, Natalie yang berusia 3 tahun hampir meninggal dunia kerana memakan mentol yang diambilnya di bilik tidur. Bukan sahaja mentol, Natalie juga gemar mengunyah batu dan batang kayu serta pernah memakan batu bata. "Ia seperti biskut cip coklat," kata Natalie.

Ibunya, Colleen, 31, yang berasal dari Terre Haute, Indiana, AS menganggap ia adalah perjuangan berterusan kerana dia cuba menghalang anaknya daripada memakan benda-benda yang boleh membunuh.

"Natalie tak cuba makan kaca sejak benda tu melukainya namun dia akan cuba mengunyah batu dan batang kayu yang dijumpainya di taman," kata Colleen.

Collen menambah anaknya hampir meninggal dunia gara-gara memakan gelas sebelum dikejarkan ke RS St Vincent Children's Hospital. Kaca yang dimakannya berjaya dikeluarkan.


~ruudvanirwan~

Lif Terhempas Lagi. Budaya Selenggaraan Masih Rendah?

Selepas insiden lif terhempas dari tingkat enam, Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri yang hampir meragut 4 nyawa pada 30 September tahun lalu, kejadian sama berulang lagi semalam di pusat membeli belah Selayang Mall. Paling menyedihkan, antara mangsa yang menaiki lif malang itu termasuk seorang wanita hamil tujuh bulan.

Kejadian seumpama ini hanya menunjukkan budaya selenggaraan atau maintenance masih rendah dan kurang dipraktikkan oleh pihak pengurusan sesebuah premis atau bangunan . Tidak dinafikan kos maintenance agak tinggi dan sentiasa meningkat tetapi pihak pengurusan seharusnya meletakkan keutamaan kepada aspek keselamatan. Jika hendak berjimat sekalipun janganlah memperjudikan nyawa pengguna yang tidak berdosa. Sebaliknya, amalkan penjimatan pada penggunaan air, elektrik, kertas atau tisu tandas.

Selain itu, penguatkuasaan dan pemantauan juga perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi memastikan pihak pengurusan bangunan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Tiada guna meletakkan hukuman yang keras jika penguatkuasaan dan pemantauan juga suam-suam kuku. Sampai bila isu ini harus berpanjangan? Sehingga ramai lagi yang cedera atau nyawa melayang?

Berikut adalah petikan insiden tersebut.

KUALA LUMPUR — Seorang wanita hamil tujuh bulan patah kaki kanan selepas lif yang dinaikinya jatuh terhempas di pusat membeli belah Selayang Mall di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff, 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.

Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.

"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.

"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.

Norazalina berkata mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu. Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumkan dan tidak mendapat sebarang laporan berkenaan insiden itu dari pengurusan pusat membeli belah tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan menghubungi pengurusan berkenaan sebelum menyiasat punca bagaimana lif tersebut terhempas - sama ada berlaku kecuaian atau faktor lain. — Bernama


~ruudvanirwan~

Bintang Penalti 'Backheel' Maut

Theyab Awana (8 April 1990 - 25 September 2011)

Masih ingat lagi pemain UAE yang menjadi sensasi di Internet kerana mengambil sepakan penalti dengan cara menggunakan tumit kaki atau 'backheel'? Kini aksi uniknya hanya tinggal sejarah kerana pemain bernama Theyab Awana itu dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Abu Dhabi semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu baru sahaja pulang dari sesi latihan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah trak di Jambatan Syeikh Zayed. Terdapat laporan yang mengatakan Theyab menggunakan Blackberry ketika kejadian.

Dia antara bakat yang sedang menyinar tetapi lebih terkenal kerana menjaringkan penalti kontroversi pada minit ke-78 ketika UAE membelasah Lebanon 7-2 Julai lalu. Tanpa diduga, Theyab menendang masuk sepakan penalti itu secara membelakangkan badan dan menendang dengan tumit kaki.

Walaupun sepakan itu berjaya menghasilkan gol namun Awana dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan dan dikeluarkan serta-merta oleh jurulatih Srecko Katanec yang menganggap perbuatan itu seolah-olah menghina pihak lawan.

Rakaman penalti unik itu tersebar di Internet dan mendapat lebih daripada sejuta hit di Youtube. Kini ia hanya tinggal kenangan...




* terima kasih Akim Danial tolong alert penulis pasal berita ni.


~ruudvanirwan~

Isteri Kerat Anuku. Ngilu Der!


Kisah 'menyayat hati' ini khas untuk si suami di seluruh dunia. Jangan sekali-kali buat hal dengan si isteri. Mereka bukan lagi isteri old skool macam dulu tapi makin 'daring' dan berani. Sesuai la dipanggil biniku Gangster. Tersilap langkah, gelap masa depan. Tapi si isteri pula janganlah kejam sangat macam Catherine ni. Kalau nak berbaik semula kan dah rugi. Apa pun takde! Jom layan entri 'ngilu' ni.

WESTMINSTER - Seorang wanita California, Catherine Kieu tidak mengaku bersalah mengerat kemaluan suaminya dan membuangnya di dalam pengisar sampah.

Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Orange, di sini pada Jumaat lalu berhubung dakwaan melakukan penyeksaan dan menambahkan kacau-bilau.

Kieu juga didakwa menggunakan pisau dan menyebabkan kecederaan.

Jika disabitkan dengan semua kesalahan itu, dia akan dikenakan penjara seumur hidup tanpa dikenakan parol.

Wanita itu ditahan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta).

Pihak berkuasa berkata, wanita itu membubuh dadah di dalam makanan suaminya yang berusia 60 tahun pada 11 Julai lalu.

Dia kemudian mengikat tangan dan kaki suaminya di katil.

Pihak berkuasa menyatakan Kieu mengerat kemaluan suaminya semasa dia terjaga selepas tertidur.

Suaminya itu telah memfailkan perceraian pada Mei lalu selepas 16 bulan mereka mendirikan rumah tangga.- AP via Kosmo!


~ruudvanirwan~

Sunday 25 September 2011

20 Fakta Menarik Tentang Cobain

Sempena ulangtahun ke-20 penerbitan album Nevermind, jom tengok 20 fakta menarik tentang vocalist Nirvana, Kurt Cobain yang pernah digelar "spokesman of a generation". (credit to www.purplerevolver.com)

1. Filem kegemaran Cobain ialah Over the Edge lakonan Matt Dillon.

2. Pada hari Nevermind dipasarkan, Cobain telah dihalau dari apartmentnya dan terpaksa merempat dalam kereta. Album tersebut kemudiannya terjual lebih 30 juta unit di serata dunia.

3. Lagu REM berjudul "Let Me In" adalah mengenai Cobain. Vocalist REM, Michael Stipe adalah kawan baik Cobain dan Godfather kepada anak perempuan Cobain, Frances Bean.

4. The Beatles dan The Melvins adalah band-band idola Cobain. Lagu Beatles yang paling diminati adalah Julia yang ditulis John Lennon.

5. Cobain pernah diuji bakat untuk The Melvins tetapi tidak berjaya.

6. Dilahirkan di Aberdeen, WA, papan tanda bandar tersebut tercatat - Welcome to Aberdeen, Come as you are.

7. Cobain dan vocalist Guns N’ Roses, Axl Rose mempunyai pergeseran yang berpanjangan kerana Cobain beberapa kali enggan membuat persembahan pembukaan untuk band Axl.

8. Semasa MTV Music Awards 92, Cobain telah meludah di atas sebuah piano yang dipercayainya milik Axl Rose tetapi kemudian dia mendapat tahu ia kepunyaan Elton John.

9. Cobain mempunyai rakan imaginasi dipanggil Boddah. Nota yang ditulis sebelum membunuh diri ditujukan kepada rakan lamanya.

10. Cobain amat menyukai anatomi manusia and fetus.

11. Peneraju NIRVANA itu menegaskan nama band tersebut perlu sentiasa ditulis dalam huruf besar.

12. Jumper stail Dennis the Menace kepunyaan Cobain telah diambil daripada seorang peminat selepas Cobain melihat dia memakainya di luar satu persembahan.

13. Cobain mendapat nama untuk Smells Like Teen Spirit daripada satu jenama deodorant wanita.

14. Cobain sangat teruja apabila Weird Al Yankovic memohon kebenaran untuk menyanyikan semula Smells Like Teen Spirit kerana yakin Nirvana telah mencapai kejayaan. Dalam diarinya, Cobain menggelarkan Weird Al sebagai "musical genius".

15. Pada 93, Cobain telah mengambil heroin berlebihan sebelum satu persembahan di New Music Seminar di New York. Courtney Love telah menyuntik Cobain dengan Narcan dan menumbuknya di jantung. Cobain kemudiannya sedar dan meneruskan persembahan malam itu.

16. Cobain mahukan album keempat Nirvana menjurus ke arah akustik dan lari daripada pengaruh Grunge. Dia sangat terpengaruh dengan persembahan MTV Unplugged mereka dan baru sahaja mengenali lagenda muzik folk dan blues Amerika, Lead Belly.

17. Kematian Cobain pernah muncul dalam satu episod Unsolved Mysteries.

18. Insiden bunuh diri Cobain diletakkan di tempat pertama dalam "NME's list of Top 100 Rock Moments of All-Time."

19. Cobain sedang melayan album REM berjudul Automatic for the People ketika dia membunuh diri di kediamannya di Lake Washington.

20. Pada 2008, abu Cobain telah dicuri dari rumah Courtney Love.


~ruudvanirwan~

Rambut Afro Terbesar Dunia

Steady!!! - Googlepic

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi via Kosmo!

* Inilah yang dipanggil rambut serbaguna. Macam-macam barang boleh sorok dalam rambut perempuan ni. Tapi kutu pon boleh mati kelemasan tak boleh bernafas.


~ruudvanirwan!

Kubur Beca

Mirpur menjadi tempat buangan beribu-ribu buah beca. - Agensi

DHAKA, Bangladesh - Sakit mata memandang! Begitulah pemandangan beribu-ribu buah beca yang ditinggalkan begitu saja di sebuah kawasan lapang di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kawasan Mirpur di sini yang digelar 'kubur beca', menyimpan lebih 15,000 buah kenderaan itu dengan hampir semuanya dijana kuasa kayuhan.

Kenderaan beroda tiga itu semakin terpinggir di sini ekoran ramai pengusaha beca kini lebih gemar menggunakan beca elektrik yang diimport dari India

Selain kurang memenatkan, beca elektrik lebih digemari kerana ia boleh membawa hingga enam penumpang berbanding beca tradisional yang cuma boleh dinaiki oleh tiga orang. - Agensi via Kosmo!

* Kat Bangladesh kurang 'mat pet' kut. Kalau kat Malaysia besi longkang atau besi penghadang jalan pon 'mat pet' potong buat jual kat besi buruk. Setakat kubur beca macam ni dua hari je dah 'licin'. Steadyyyy!


~ruudvanirwan~


Ulangtahun ke-20 Nevermind

Pejam, celik, pejam, celik, album Nirvana berjudul Nevermind sudah pun 'berusia' 20 tahun. Bagi peminat tegar Nirvana, album tersebut pastinya masih segar dalam ingatan mereka. Diterbitkan pada 24 September 1991, ia mencetus fenomena global dan memperkenalkan muzik grunge kepada mainstream. Tanpa diduga, album itu laris 'bak pisang goreng panas' dan mendapat pelbagai respon positif di media massa walaupun dihasilkan dengan bajet 'ciput' iaitu 65,000 USD. Malah ia turut diiktiraf sebagai salah sebuah album rock terbaik sepanjang zaman.

Nevermind terjual lebih 30 juta unit - Googlepic

Hanya beberapa bulan selepas pelancarannya, album tersebut telah menduduki tangga pertama pada carta jualan Billboard di Amerika mengenepikan album Raja Pop Michael Jackson berjudul Dangerous. Seterusnya Nevermind menduduki tangga pertama di carta-carta jualan album serata dunia. Lagu hit “Smells Like Teen Spirit” menjadi seakan antem rasmi Nirvana dan menjadi pemangkin populariti Nirvana secara global. Antara lagu lain yang menjadi siulan remaja termasuk "Come As You Are", "Lithium", "In Bloom" dan "Polly". Sehingga kini, album Nevermind telah terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia termasuk 10 juta unit di US sahaja.

Grohl, Cobain, Novoselic - Googlepic

Trio Nirvana - mendiang Kurt Cobain (vocalist/guitarist), Krist Novoselic (bassist) dan Dave Grohl (drummer) yang berasal dari sebuah kota nelayan di Washington, mencapai kemuncak kerjaya mereka dan menjadi antara pengaruh yang kuat bagi sejarah muzik Rock. Album Nevermind yang pada awal terbitannya dulu berjaya mencetuskan peralihan budaya muzik, masih dapat dirasai impaknya walaupun selepas dua dekad.

Sepanjang dua dekad ini kita dapat lihat banyak band yang lahir dari pengaruh muzik Nirvana. Ternyata, melalui album Nevermind, Nirvana telah merubah haluan muzik popular dan sehingga kini ia menjadi inspirasi buat penggiat muzik bebas dan mainstream. Seingat penulis, fenomena Nirvana dan grunge di Malaysia hanya tercetus selepas kematian Cobain pada 8 April 1994. Ia membawa satu trend baru dari segi muzik, fesyen dan attitude serta melahirkan ramai Cobain wannabes. Hampir setiap band baru ada pengaruh Nirvana seperti Butterfingers di awal kemunculan mereka. Paling menarik, kalau nak belajar main gitar mesti main lagu Nirvana dulu!

Nevermind Super Deluxe Edition - Googlepic

Sebagai 'buah tangan' kepada peminat genre grunge, Universal Music akan memasarkan semula album Nevermind dalam versi Super Deluxe Edition sempena ulang tahun ke-20 penerbitan album ini. Nevermind Super Deluxe Edition yang akan dipasarkan pada 26 September ini mengandungi 4 keping CD dan 1 DVD selain sehelai t-shirt eksklusif Nirvana (selagi stok masih ada). Pastinya ia menjadi salah satu koleksi berharga buat peminat tegar Nirvana.

Apa yang menarik, album ini memuatkan beberapa ‘unseen cut’ seperti rakaman konsert yang tidak pernah ditayangkan, penampilan Nirvana di BBC Radio, rakaman Live serta lagu remix. Apa tunggu lagi? Dapatkannya di pasaran!


~ruudvanirwan~

Friday 23 September 2011

Awas, Kamera Tersembunyi. Jangan Jadi Mangsa!

Googlepic

Apa reaksi anda bila terlihat objek seakan kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas ketika anda melepaskan 'hajat'? Pasti melompat atau terkejut 'beruk' bercampur marah, geram dan tertekan. Bagi seorang pelancong dari Virginia, William Yockey, ini sudah melampau apatah lagi berlaku di sebuah rangkaian restoran terbesar di dunia.

Dia bertindak menyaman restoran restoran Starbucks sebanyak AS$3 juta (RM9.39 juta) kerana mendakwa syarikat itu meletakkan kamera tersembunyi di dalam tandas. Lebih menarik, kamera tersebut dijumpai oleh anak perempuan Yockey yang berusia lima tahun ketika dia menggunakan tandas di restoran itu.

William menuduh rangkaian kopi global yang beribu pejabat di Seattle itu melakukan pencerobohan privasi, kecuaian, sengaja menimbulkan tekanan emosi dan cuai dalam memberi latihan dan penyeliaan kakitangan.

"Ia amat memalukan, menghina dan berkemungkinan sekarang, video itu terdapat di dalam Internet," katanya kepada stesen televisyen ABC News.

Lantaran itu, peguam William, Hank Schlosberg meminta mahkamah Daerah Columbia untuk melakukan perbicaraan yang mengandungi juri, ganti rugi sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) dan AS$2 juta (RM6.26 juta ) sebagai ganti rugi hukuman kerana melakukan pencerobohan privasi.

Penulis bersimpati dengan William dan anaknya tetapi jika benar dakwaan itu, bagaimana pula dengan pelanggan lain yang tidak sedar kewujudan kamera tersembunyi di dalam tandas tersebut? Apa lagi jika video 'aksi' mereka tersebar luas di Internet. Mengaibkan!

Kejadian seumpama ini pernah berlaku di negara kita di mana kamera tersembunyi dijumpai di bilik mandi, bilik hotel, apartment dan tandas. Antara kes yang hangat ialah penemuan kamera tersembunyi di apartment pelakon Nasha Aziz dan rumah sewa sekumpulan pelajar IPT.

Mungkin masih ada kamera tersembunyi yang belum dijumpai di luar sana. Oleh itu, berhati-hatilah bila menggunakan sebarang kemudahan awam. Perhatikan jika ada objek pelik di sekeliling anda. Mana tahu, ia mungkin kamera tersembunyi yang sedang asyik merakam aksi anda tanpa disedari. Awas, jangan jadi mangsa!

* Sumber AFP


~ruudvanirwan~

Thursday 22 September 2011

Fernando Yang Istimewa

Ini adalah kanak-kanak istimewa, Fernando Cruz Vega, 3, dari Comas, Peru. Dia lahir tanpa tangan dan hanya mampu menulis menggunakan kaki. Demi kasih sayang yang tidak berbelah bagi, ibu Fernando, Deysi Vega berulang alik antara pedalaman hutan Mollobamba dan kota Lima bagi mendapatkan bantuan perubatan dan terapi pemulihan untuk anaknya. Kecekalan Fernando dan ibunya harus dijadikan teladan.

Foto Reuters


~ruudvanirwan~

Sehari Tanpa Kereta. Mampu?

Rasanya ramai yang tahu hari ni adalah Hari Bebas Kereta Sedunia walaupun kurang digembar-gemburkan media. Jika dilihat pada nama event ni, agak gah bunyinya. Namun berapa ramai pula yang menghayatinya dan menggunakan pengangkutan awam, berbasikal atau berjalan kaki ke pejabat, universiti, sekolah, pasar dan sebagainya?

Sebelum ni kerajaan pernah lancarkan kempen kongsi kereta atau car pool tapi kurang berjaya. Antara alasan yang popular termasuklah:

1. LRT/Komuter/Bas sempit/penuh
2. Bas/Komuter lambat
3. Kerap tukar pengangkutan ke sesuatu destinasi
4. Tiada pengangkutan awam ke tempat dituju

Sempena Hari Bebas Kereta Sedunia, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengedarkan 150,000 tiket percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Semua kupon itu diedarkan berperingkat mulai Selasa dan berakhir 22 September 2012. Penulis puji langkah yang diambil SPNB ini. Namun adakah ini saja alternatif yang kita ada?

Banyak respon yang diterima di Facebook terhadap cadangan penulis mengenai pelaksanaan Hari Bebas Kereta atau Car Free Day di Malaysia. Ada yang menyokong, tidak setuju dan memberikan idea. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen.

Jakarta Car Free Day - wikipedia

Sebenarnya tidak sukar untuk kita implement Hari Bebas Kereta ni di Malaysia, khususnya di kota metropolitan Kuala Lumpur. Jangan terlalu ambitious. Buat sekadar mampu. Kalau semua susah dan tak boleh, sampai bila benda nak jalan? Ambil contoh di Indonesia, Jakarta Car Free Day (JCFD) diadakan dua minggu sekali pada setiap hari Ahad. Ia dilaksanakan di beberapa jalan utama di segitiga emas dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bersenam, bersukan, pameran seni dan gerai jualan.

Kita juga boleh buat di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Bukit Bintang yang terkenal dengan kesesakan lalulintasnya. Jika hari bekerja susah, pilih saja hari minggu. Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan kenderaan dan seterusnya kurangkan pencemaran.

Jangan sekadar sambut dan sokong Hari Bebas Kereta Sedunia tanpa berani lakukan perubahan. Bak kata Zack De La Rocha RATM dalam lagu Guerilla Radio - "It has to start somewhere, It has to start sometime, What better place than here, What better time than now?"

Persoalannya, siapa nak BERTANGGUNGJAWAB?


~ruudvanirwan~

MANLAND : Daddy Day-Care

Ruang istirehat sambil menunggu isteri - Googlepic

Wanita dan tabiat membeli-belah atau shopping tidak dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu. Bagi kebanyakan wanita, shopping adalah salah satu alternatif untuk melepaskan tekanan di rumah atau pejabat. Namun tidak semua lelaki menyukai tabiat itu. Sungguh azab rasanya menunggu berjam-jam walaupun boleh mengisi masa dengan iPad, Blacberry, HTP atau Galaxy Tab.

Inilah yang memberikan idea kepada IKEA Sydney untuk mencipta MANLAND, 'pusat jagaan harian' atau day-care bagi para suami sementara menunggu pasangan mereka membeli-belah tanpa gangguan. Ia telah diperkenalkan semasa sambutan Hari Bapa awal bulan ini.


Mesin Pinball - Googlepic

Diilhamkan dari ruang permainan kanak-kanak di Sweden, SMALAND, MANLAND dibina khusus untuk 'memanjakan' golongan lelaki. Bagi menghilangkan kebosanan, IKEA menyediakan mesin pinball, fussball, televisyen, XBox dan hot dog untuk mereka.

Fussball atau TV - Googlepic

Berbeza dengan pusat jagaan kanak-kanak, MANLAND tidak menyediakan pengasuh. Oleh itu, para isteri akan diberikan buzzer yang akan mengingatkan mereka supaya menjemput suami selepas 30 minit ditinggalkan di situ.

Bila IKEA Malaysia nak buat MANLAND?



~ruudvanirwan~

Wednesday 21 September 2011

Jepun 'ajar' Malaysia

20-1. Itu bukanlah keputusan perlawanan antara Jepun dan Malaysia tapi jumlah percubaan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Bagaikan langit dan bumi. Malaysia hanya mampu membuat satu percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.

Kehebatan Jepun selaku pasukan nombor satu Asia terserlah
pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka malam tadi. Meskipun hebat dilanda Taufan Roke, mereka bermain simple dan tersusun, mengawal bola dengan kemas, membuat hantaran tepat dan bijak mencipta peluang. Hasilnya mereka berjaya menyumbat 2 gol menerusi Keigo Higashi (m10) dan Ryohei Yamazaki (m77). Pengajaran yang berguna untuk skuad negara.



Pemain-pemain Jepun meraikan kejayaan menewaskan Malaysia - Googlepic

Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek, gawang Malaysia mungkin bocor lebih daripada 2 kali. Meskipun baru putus tunang dan dilanda kontroversi, ia tidak mengganggu Apek yang bermain cemerlang dalam kelasnya tersendiri.

Memang benar Harimau Muda tewas kerana kepantasan pemain-pemain Nippon, tetapi corak permainan kita agak mengecewakan. Taktik long ball yang mengharapkan Izzaq Faris seakan tidak menjadi dan merugikan. Selain itu, kawalan bola yang tidak kemas dan hantaran yang tidak tepat memudahkan Jepun mengawal permainan. Apa yang termampu bertahan seperti kubu A Famosa selama 45 minit.

Hanya pada separuh masa kedua barulah nampak anak-anak buah Ong Kim Swee berani menyerang. Kita ada wingers yang laju jadi tak perlu harapkan long ball. Turning point game ini apabila pemain Malaysia (mungkin Fandi Othman) gagal memanfaatkan satu-satunya peluang di depan gol. Sepatutnya pengalaman beraksi di Slovakia digunakan sepenuhnya dalam perlawanan ini.


Kekalahan ini tidak seharusnya mematahkan semangat para pemain dan penyokong setia Harimau Muda. Ada 5 perlawanan lagi yang menanti. Ong Kim Swee ada banyak masa untuk memperbaiki kelemahan pasukan sebelum perlawanan seterusnya menentang Syria di Kuala Lumpur pada 23 November. Demi Malaysia....oooooo....Demi Malaysia...oooooo.



~ruudvanirwan~


Siapa Ramli?

Sehari dua ni nama RAMLI kerap jadi sebutan. Dalam FB, Twitter dan WhatsApp. Lepas tu dikaitkan pulak dengan the most successful club in England, Manchester United aka Red Devils. Pada mulanya penulis agak blur sebab jarang tgk TV sehari dua ni. Biasalah sibuk uruskan masalah rakyat yang tak habis-habis. Hari ni buka FB, jumpa iklan TM ni. Masa game Jepun v Malaysia pon ada. Jadi inilah RAMLI yang hangat diperkatakan tu.



Untungla RAMLI yang pakai jersi no 19 dapat 'main' dan 'score' untuk MUFC sambil ditonton ayahnya di Malaysia. Lepas tu dapat 'jumpa' Sir Bobby Charlton pulak. Paling menarik, schoolmate penulis, Ahmad Hafiz Hod aka Epit / Fever turut muncul beberapa saat ketika scene match viewing.

Ketepikan sentimen benci MUFC (penulis penyokong tegar LFC), iklan ni boleh dijadikan inspirasi untuk anak-anak muda di luar sana untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun. Kalau ditakdirkan jadi professional footballer, luaskan pilihan kelab tu. Jangan terhad kepada MUFC je. Ooooppssss! Apapun, tiada yang mustahil dengan usaha dan tawakal.


"Ramli janji akan buat ayah bangga suatu hari nanti"


~ruudvanirwan~

Lelaki Dilarang Tonton Bolasepak

Percaya atau tidak, buat pertama kali di dunia, hanya wanita dan kanak-kanak boleh menonton perlawanan bolasepak di Turki. Agak pelik tetapi itulah tindakan berani yang dilaksanakan oleh persatuan bolasepak negara itu bagi menangani keganasan dalam perlawanan bolasepak.

Lebih 41,000 wanita dan kanak-kanak menonton perlawanan Fenerbahce - AP

Mengikut peraturan itu, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan memasuki stadium untuk menonton perlawanan bolasepak dengan percuma membabitkan pasukan yang telah dihukum kerana keganasan penonton mereka. Kerana segelintir yang buat hal, habis semua penonton lelaki dilarang memasuki stadium.

Ini bukan cakap kosong. Minggu lalu, lebih 41,000 wanita dan kanak-kanak memenuhi Stadium Sukru Saracoglu untuk menyaksikan Fenerbahce menentang Manisapor. Suasana di luar stadium memang unik dengan kaum wanita termasuk yang menggendong bayi beratur panjang semata-mata ingin melihat pasukan kesayangan mereka.

Penulis pasti ramai yang skeptikal dengan wanita yang menonton perlawanan bolasepak. Tapi jangan sekali-kali pandang remeh minat dan kemampuan kaum Hawa ni. Penonton wanita di Turki juga tahu lagu dan sorakan pasukan mereka.

Fenerbahce diarahkan untuk bermain 2 perlawanan tanpa penonton selepas penonton mereka menceroboh padang semasa perlawanan persahabatan menentang juara Ukraine, Shakhtar Donetsk. Bagaimanapun, persatuan bolasepak Turki mengubah peraturan bagi membenarkan kemasukan wanita dan kanak-kanak ke stadium.

Memandangkan di Malaysia juga pernah berlaku keganasan penonton di stadium, peraturan ini mungkin boleh dipraktikkan. Dengan membenarkan kemasukan wanita dan kanak-kanak sahaja, ia boleh dijadikan 'pengajaran' kepada penonton lelaki supaya menjaga tingkah laku semasa menonton perlawanan bolasepak. Tapi penonton wanita pula janganlah terlalu emosi. Silap-silap lebih ganas daripada lelaki!


~ruudvanirwan~